29 March 2012

FAM - Kosong

Kahkahkahkahkah.

Who knows , dalam dunia ni , setiausaha agung jawatannya sama tinggi dengan Presiden while timbalan kuasanya hanyalah pada nama jawatan. Aku taktahu celah mana lah FAM ni belajar tentang organisasi. Aku rasa lepas ni sure Judin tu gantikan Presiden , sambil Nuar meringkuk dalam penjara FAM.

FAM ni , setiap saat , setiap minit , setiap jam , kebodohan mereka semakin maju. Come on , Nuar tu kritik je kot. Suka hati dia lah nak kritik ke apa. Kalau tak boleh , let Presiden and setiausaha je dalam organisasi tu. Tak payah ada timbalan setiausaha , tak payah ada timbalan presiden 1 and 2. Aku baca paper yang dalam undang undang FAM , Presiden dan setiausaha je ada kuasa untuk kritik. Punah dan jahanamlah bola sepak Malaysia macam tu.

Aku tengok tv pagi tadi , game Champions League. Mungkin baru bagi aku tetapi biasa bagi peminat tegar AC Milan. Berlusconi iaitu Prime Minister Italy , relax tengok game. See , Prime Minister beb. Kita jangan Prime Minister , Presiden bolasepak sendiri pun tak turun padang. Yang turun ialah anak angkat Presiden iaitu setiausaha yang pakai baju Menyu tengok bola.

Seperti yang dikatakan blogger anakmemberontak dalam blognya , you can see how the Presiden control the organisation. Kau boleh lihat macam mana Fuad iaitu timbalan setiausaha kata yang Presiden yang tampung perbelanjaan Harimau Muda ke Slovakia , dan perkara ini nak dibangga konon itulah sumbangan Presiden. Kenapa FAM tak carik sponsorship? England tu pun boleh tarik Nationwide jadi penaja , why not FAM tak tarik Celcom or Maxis jadi penaja. Sebab kalau taja pun , duit tu entah kemana. Astro sponsor berjuta , tapi apa yang dilakukan FAM selain nak baiki bumbung SNBJ , hantar Harimau Malaya ke Australia dan ganti kerusi baru.

Bola sepak ni sukan rakyat marhaen , so kenapa perlu ditadbir oleh golongan bangsawan. Sudahlah tu , 28 years without any achievement selain Sukan Sea and AFF Cup tu. Bagi aku , ada perlunya untuk memilih Presiden ialah dengan tidak memilih golongan bangsawan. People supporting Malaysian football but where are the achievement? AFF? Sukan Sea? Itu nak dibangga?

And Nuar tu pun , ada eloknya dia jaga je Kelantan tu. Aku tak berkenan kalau ada jawatan dalam peringkat Nasional then jadi Presiden untuk peringkat negeri. Pilih la antara satu. Dan kepada orang macam Fuad tu , tak perlu menjadi pembodek sangat. Kalau dah teruk tu , teruklah. Akui sahaja. Fuad ni pesen orang - 'Presiden , ye Presiden. Bihun satu ye? Baik Presiden? Taknak sayur ye? Baik baik. Lagi lagi?' Masalah akan timbul dalam organisasi ialah bila taknak mengakui kelemahan. Semua nak bodek. Semua takut Presiden murka. Mungkin dia berdarah kuning di luar but bila dia tadbir persatuan sukan yang dimiliki rakyat marhaen , dia hanya an ordinary guy.

Yang menteri buih tu takde komen pulak. Takut ke? Bila isu macam ni , senyap. Bila Malaysia kalah atau menang , dia lah orang pertama panggil media.

Presiden FAM , Sila Letak Jawatan. Sedarlah , 28 tahun anda tiada melakukan apa apa untuk bola sepak Malaysia.

24 March 2012

Bonek dan Persebaya

Aku tak tahulah siapa kepala dia yang membuatkan friendly match internasional antara Negeri Sembilan dan Persebaya ni jadi kenyataan. Apa yang aku boleh cakap kan cuma terima kasih yang tidak terhingga sebab satu perlawanan friendly yang dinanti-nantikan jang-jang yang tegar sekalian akan berlangsung ahad ni tak lain tak bukan di STAR of Paroi.

Apa best sangat ke Persebaya punya team ni sampai ramai sangat yang excited nak pergi? Famous sangat ke Persebaya ni? Kuat ke?. Ramai yang tak amik tahu pun pasal friendly match ni. Kalau Negeri Sembilan lawan Menyu mungkin jugak ramai yang akan amik perhatian.

Tapi bagi yang sehati sejiwa, yang tegar, yang bega, yang cintakan skuad jang, semua akan menganggap game ahad ni tersangat penting. Malaysia dan Indonesia ni ibarat adik-beradik yang tak pernah habis nak bergaduh. Tapi kadang-kadang ada masanya kita ni berbaik. Samalah macam adik abang. Kalau bergaduh bukan main. Bila nak memerlukan baru nak berbaik. Macam tu lah jugak Malaysia dan Indonesia.

Bagi aku dan geng-geng UN9 aka Buffalo Soljah yang lain, perlawanan ahad ini bukan sahaja di antara Negeri Sembilan dan Persebaya. Tetapi ahad ini juga pertembungan di antara Ultras Nogori dan Bonek Mania. Bonek merupakan penyokong nombor satu persebaya yang dianggarkan seramai 3 juta orang kesemuanya. Diorang ni semua memang sanggup hidup mati untuk persebaya dan boleh dikatakan antara penyokong paling hardcore di Indonesia.

Apa-apa pun, diharap semua dapat turun ke STAR of Paroi Ahad ni untuk sama-sama kita memeriahkan suasana. Lagi cantek kalau join UN9 di KONA 4C. Suara anda semua amat diperlukan. Kita pastikan ahad ini semua warga Surabaya akan ingat PAROI sampai mati.

Kepada Persebaya dan Bonekmania, SELAMAT DATANG KE TANAH BERADAT NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS!!

22 March 2012

Komen Dulu Baru Baca

Leman adalah seorang pekerja kerajaan yang selalu dilabel oleh orang luar sebagai makan gaji buta. Leman juga adalah seorang ultra. Siapa cakap ultra tu bangang mahupun ultra itu geng joget , Leman akan sailang dengan kata kata pedas di laman facebook. Leman suka pakai penutup muka atau balaclava bak kata orang putih di stadium. Bak kata Leman - pakai balaclava baru ultra. Leman tidak pernah memegang flare mahupun dekat dengan smokebomb. Dia juga ada hati cuba menjadi capo. Katanya , jadi capo baru orang respect. Boleh popular. Bangga mak abah , tambah Leman.

Pada suatu hari , Leman ternampak mafla Ultras Nogori dijual. Gambar itu bersiap dengan harga , tarikh expired tempah dan siapa untuk dicontact.

'Bang PM bang , saya booking satu. Saya dari dulu nak benda ni , dulu tak dapat tempah sebab saya takde laptop. Tolong eh bang' , kata Leman sambil makan tiga belas cucuk sate sekaligus.

Seminggu kemudian keluar pula baju dari Ultras Nogori. Leman nak juga. Leman kaya.

'Bang , harga berapa? macam mana nak contact? saya nak satu , M sehelai , PM saya bang takpun call saya - 015-xxxxxxx , thanks bang. Selamanya!' , sambil tersengih sengih Leman tanda hati gembira. Bolehlah Leman show-off dekat rakan sekerja.

Apa yang aku cuba kata kan disini , jika merchandise baik Ultras Nogori mahupun ultras-ultras lain keluar , bacalah detail di gambar itu. Jangan jadi macam Leman. Selalunya , di gambar itu semua dah tersedia , nama facebook yang perlu di-PM , tarikh last tempah , harga berapa. Dan selalunya aku tengok , yang komen tu bukannya guna mobile phone. Jika mobile phone , mungkin susah nak tengok gambar tu. Ramai yang komen dulu baru baca , tu parah tu. Penat admin page ultras nak jawab. Baca kemudian ambil tindakan.

Yang penting , jangan jadi macam Leman. Ahad ni jangan lupa , Negeri Sembilan vs Persebaya. Aku harap Leman hadir.

05 March 2012

Sekolah dan Ultra

Aku pernah tulis benda ni di sebuah lagi blog yang merupakan one of UN9 punya komplot iaitu Ninth Mania. Seperti sedia maklum , remaja baik di universiti , di sekolah , penganggur , mat-rempit mahupun suka dengan budaya budaya yang baru. Contoh , shuffle. Dulu tahun 2008 , siapa tak shuffle (remaja) dia bukanlah seorang remaja. Aku malas ulas tentang isu shuffle. Itu cerita lama , sekarang cerita baru.

Sekarang pula , remaja (yang bersekolah) akan berasakan dirinya seorang dewasa jika memasuki budaya ultras ni. Jangan salah tafsir niat aku menulis post ini. Aku galakkan korang dan rakan rakan memasuki budaya ni. Ini budaya tidaklah sejahat seperti yang digembar gemburkan oleh media. Tapi seperti budaya budaya yang baru , korang juga perlu hormat siapa yang perkenalkan scene ini. Tiada istilah orang lama mahupun orang baru cuma respect among komrad-komrad (rakan rakan) perlu ada dalam diri masing masing.

Aku perati ketika aku bersekolah , budaya ultras ni bukanlah suatu budaya yang popular. Mereka tidaklah chant ketika perlawanan bolasepak antara sekolah ataupun kelas dan tiada pula yang cuba wujudkan ultras di sekolah. Ada aku dengar tentang orang berchanting di kelas secara kuat hingga didengari kawan aku. Aku persetankan. Budak tu pun entah join entah tidak.

Nasihat aku kepada yang bersekolah , ada eloknya kau hadkan ke-ultras-an kau di sekolah. Jadilah seorang pelajar yang biasa. Jika mahu chanting , chanting dikalangan kawan sahaja. Low your voice. Tak perlu kau teriak seperti kau berchanting di stadium. Bukan apa , takut cikgu cikgu anggap kau tergolong dalam golongan budaya rosak pula. Alhamdulilah , tak pernah aku tengok orang membakar flare di sekolah sepertimana orang membakar flare di stadium. Jika ada , mungkin mahu menganggap flare itu sebagai produk yang laku-kan gambar-gambar di facebook.

Se-eloknya , tak perlu kau heboh tentang kemasukan kau dalam scene ni. Kau duduk senyap dan biar orang tahu sendiri dengan kehadiran kau dikalangan komrad. Tak ada guna kau dikenali. Kau bukan artis. Bukan kau dapat kahwin dengan Miera Liyana mahupun Neelofa pun jika kau ultras. Kalau kau ultras , bukan cikgu semua respect kau ibarat kau adalah godfather di sekolah.

Anda boleh bangga yang anda seorang 'ultra' di stadium tetapi anda patut sedar yang anda hanyalah manusia biasa di luar sana. Ultra tidak boleh dipelajari di Youtube , Vimeo mahupun Facebook tetapi anda perlu hadirkan diri anda di curva untuk tahu apa itu ultra.

Bangga kononnya anda ultra dan anda hebat? Lupakan. Tiada apa yang menarik jika anda ultra.