01 November 2012

Kosong

AFF 2012 akan berlangsung di dua negara iaitu Malaysia dan Thailand. Dua venue yang utama ialah Stadium Nasional Bukit Jalil (Malaysia) dan Stadium Rajamangala (Thailand). Edisi ke-sembilan ini akan membuka tirai pada 24 November manakala Malaysia akan bermain pada 25 Novermber menentang Singapura.

Hari ini, 1 November. Ini bermakna tinggal 24 hari lagi untuk Malaysia bersiap sedia. Kalau calon SPM dengar kurang lagi sebulan, maka segala tubuh menggeletar. Tetapi, FAM dan pihak lain sikit pun tak menggeletar. Promosi dan hebahan tentang AFF Suzuki Cup seolah-olah tiada langsung. Yang ada, dia AEON Seremban 2. Siap ada letak kereta depan kedai Dragon Silver. Itu lah satu-satunya promosi yang aku nampak. Radio, suratkhabar, pihak televisyen swasta mahupun kerajaan tidak promosi langsung. Bunting mahupun banner tidak kelihatan.

Kalau ketika Piala Malaysia sebulan lepas, radio Era sibuk mempromosikannya kerana mereka antara sponsor besar. Siap buat lagu dan panggil artis untuk sokong team tempatan. Jadi kenapa tidak teruskan saja? Sponsor, buat. Tak sponsor, abaikan. Macam tu? Suruh sokong liga dan pasukan tempatan. Tapi promosi mana?

Ramai kata, November please be nice. Aku hanya mampu kata, FAM and organizer please be responsible. Kau anjur dekat stadium yang beratus ribu, yang berpuluh ribu. Tapi promosi takde dan tiket mahal. Aku tak rasa semua orang tahu harga tiket AFF.

Oleh kerana yang main AFF ni bukan Tentera, aku harap Presiden FAM tetap turun untuk beri sokongan padu untuk Malaysia. Kalau Tentera boleh, takkan Malaysia tak boleh?
Untuk FAM - Rombak.

18 September 2012

Tiada Siapa Dapat Hentikan Budaya Ini

SEREMBAN : Peniaga-peniaga kecil yang menjual vuvuzela , air-horn dan mini vuvuzela mempersoalkan tindakan FAM yang melarang penyokong-penyokong di Malaysia untuk membawa masuk alat-alat budaya itu ke dalam stadium.

'Jika kami tak jual , bagaimana kami mahu menjana pendapatan? FAM sepatutnya tidak perlu mengganggu periuk nasi orang' , kata Rahim yang ditemui menjual alat-alat budaya itu di tempat letak kereta Stadium Tuanku Abdul Rahman ketika perlawanan Negeri Sembilan menentang Felda United.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat , masih ramai lagi membawa alat budaya itu masuk ke dalam stadium tanpa ditahan pihak berkuasa yang mengawal pintu masuk ke dalam stadium itu.

'Budaya ini unik. Kami menginovasikan alat budaya di Afrika dengan budaya di Malaysia. Jika anda lihat , vuvuzela yang panjang dikecilkan agar mudah dibawa ke mana-mana. Saya harap pihak IKS dapat melihat inovasi ini sekaligus memberi sokongan kepada kami untuk mengembangkan lagi perniagaan ini' , tambah Rahim.

Budaya ini mungkin dapat dihentikan sekiranya Presiden FAM yang baru menggubal undang-undang stadium dan perkara-perkara yang lain.

Akhir kata , jika seorang isteri cepat muak melihat perabot rumah yang baru bertukar , bayangkan perasaan rakyat dan penyokong bolasepak Malaysia yang sudah muak dengan seorang Presiden yang sudah lama berhabuk dan tidak bertukar.

04 June 2012

Dalam 28 Tahun

Seminggu dua yang lepas , Malaysia kecoh dengan kejayaan Nazmi Faiz ke SC Beira Mar iaitu sebuah kelab yang beraksi di Divisyen Satu Portugal. Bagi aku , atleast ada lah boleh dibanggakan. Walaupun SC Beira Mar tu bukan sekuat Benfica , Sporting Lisbon mahupun Porto , tapi kisah Nazmi Faiz trial ke sana diakhiri dengan kontrak bermain kelab disitu. Bukan lah takat pegi sana untuk trial padahal dah tahu tak dapat main sebab ranking negara. Lalu cakap - takpe pergi sana untuk experience. Yeah , experience.

Lalu Presiden FAM yang mempunyai kuasa yang luar biasa , menabik ziuuuus dekat si Nazmi Faiz. Barulah aku tahu yang selama ni Presiden yang jumpa talent ni bukannya Ong Kim Swee yang panggil dia time Sukan Sea haritu.

Selepas game Malaysia lawan Filipina tempoh hari , bekas Timbalan Presiden FAM , Annuar Musa menulis status panjang lebar siap berlambak typo-typo yang tidak disedari sampaikan aku nak baca pun tak faham. Dia kritik itu ini , dari skuad negara hingga ke coach hingga membuka kepada rahsia rahsia FAM. Lalu bermulalah siri baru yang bakal menemui penonton di National Geographic HD iaitu - Football Association Of Malaysia Untold Story.

Sebenarnya aku menunggu orang orang tinggi FAM counterback sampai media pun ambil tahu. Lalu tersiarlah kebodohan , kebangang-ngan FAM di media. Bagi aku , baru lah sedap. FAM yang tersedia bodoh tu membodohkan diri dengan layan Annuar Musa. Baguslah. Boleh tutup cerita pasal hal bookie di dalam Liga-M.

Yang media ni , depa taktahu ke hal bookie ni? Taknak siasat? Taknak pecahkan rahsia? Bukaklah mata wahai media , tak guna hangpa dok sibuk puji sana sini skuad bolasepak kalau liga sendiri hancur. Sibuk cover Euro itu ini , tapi hal bookie sikit kau tak ambil tahu. Yang jadi kambing hitam , si Shukri Nor. How about FAM? Takde kena mengena ke? Kenapa nak menyesal ajak Lions XII walaupun tahu yang Singapura mempunyai kuasa pasal hal bookie? Liga Italy , Korea pun depa boleh makan macam tu je, inikan liga gred D macam Malaysia. Malulah FAM dan media. Takkan benda ni pun tak nampak.

Dua tahun lagi , anniversary ke-30 Presiden. Aku harap anniversary tu tak jadi sebab dia dah letak jawatan. Skuad negara hancur , liga hancur lalu membuatkan rakyat kembali menonton liga luar. Jika itu terjadi , ucaplah selamat tinggal kepada bolasepak Malaysia.

Football Association of Meninggal. RIP.

13 April 2012

Semua Kutuk , Semua Menyumpah

Sejak dua tiga minggu ni , FAM bangsat , Presiden FAM Sila Letak Jawatan malah Udin dan Idin hangat ditulis oleh penggemar penggemar laman sosial. Aku rasa , kalau FAM ni seorang manusia , maka dia akan ambik keputusan untuk bunuh diri.

Korang pernah tak fikir apa jasa FAM ni? Mereka lah yang telah membawa khabar gembira kepada penyokong BPL dengan membawa Chelsea , Arsenal dan Liverpool pada tahun lepas. Mereka menceriakan hari hari penyokong ni semua dengan membawa pasukan pasukan tu ke Malaysia. Malah pada tahun ini , ada lagi friendly menentang kelab luar yang dicanangkan oleh FAM. Ini akan membuat daya saing diantara pemain Malaysia dengan pemain luar , bertambah. Malaysia akan belajar bagaimana mahu bermain bola sepak sebenar. Ni semua korang tak fikir ke?

Air mata kegembiraan korang dikala Malaysia menang Suzuki Cup dan pingat emas Sukan Sea , siapa lagi kalau bukan FAM yang merancang apa nak buat semua. Mereka juga lah yang lantik Ong Kim Swee dan Rajagopal sekaligus membawa Malaysia memenangi piala yang bersejarah itu. Even piala Carling  mahupun pingat emas Olimpik pun tak mampu menandingi dua dua kejayaan itu.

Siapa lagi yang membuatkan liga-M ni bermutu kalau bukan FAM? FAM ni merancang pelbagai program , pelbagai cara untuk menaikkan mutu liga-M. Come on , cuba tengok stadium stadium di sekitar anda ketika hari perlawanan. Cukup ramai. Cukup meriah. Ditambah pulak dengan siaran langsung dari Astro dan RTM. Dengan cara Astro dan RTM membuat siaran langsung , ini akan mengubat kerinduan peminat bolasepak tempatan untuk kembali ke stadium dan mengisi ruang ruang kosong yang selalunya diisi dengan kulit kuaci , plastik burger dan bekas air minuman.

Presiden tu , dia tak kisah Malaysia kalah. Baginya , itu learning process. Fasa untuk naik ke ranking FIFA Top 100. Itu lah bagusnya. Maksudnya , kalau Malaysia kalah , dia tak kritik. Secara mentally-nya , pemain pemain akan tidak berasa risau. Ini akan menyebabkan permainan mereka bertambah kualitinya dari satu friendly ke satu friendly. Siapa kata Malaysia takde friendly? Harimau Muda friendly dengan team team dari liga Singapura manakala Harimau Malaya friendly dengan liga-M. Ini semua taktik taktik rahsia FAM.

Walaupun semua menyumpah dengan mengeji , FAM tetap berdiri teguh. Tetap sedaya upaya memajukan bolasepak Malaysia. Terbaru , ranking Malaysia jatuh ke tangga 156. Itu semua taktik FIFA untuk malukan FAM. Sudah sudahlah dengan taktik Chris Eaton yang mengaitkan liga-M diatur. Tu semua penipuan yang dilakukan FIFA untuk malukan FAM. Macam mana Malaysia tak dapat mata walaupun membuat friendly berclass A seperti melawan Sarawak , Sabah dan Negeri Sembilan. Bagaimana pula ketika menentang kelab kelab BPL? Dimana mata mata itu semua?

Presiden FAM , duduklah di kerusi empuk itu sehingga anda rasa tiba masanya untuk anda pergi. Tak perlu hirau dengan jeritan orang luar itu. Mereka semua tak pernah kenang bakti FAM.

Presiden FAM Sila Pegang Jawatan Sehingga Bila-Bila.