24 February 2012

Mengapa Semakin Mengarut?




Hello there , selepas bercerita tentang Malaysia , hari ini mari bercerita tentang FAM yang semakin mengarut. Kenapa aku kata semakin mengarut? Cuba tengok perkara di atas. PFA memberi arahan sebegitu rupa. Cuba fikir sejenak , mengapa PFA buat begitu kalau tidak kerana 'abang besar'? Jika FAM memberi arahan , PFA perlu patuh. Jika tidak , akan ada mesyuarat itu ini yang menyediakan karipap kentang , air teh atau kopi dan bihun goreng.

Ketika Malaysia menentang Jepun haritu juga , banner banner yang menyentuh hal rasuah juga ditahan. Lalu timbul tanda tanya kepada diriku. Mengapa perlu rampas jika tidak mengamalkan rasuah? Mengapa tiba-tiba hendak ajak Lions XII walaupun tahu yang Singapura merupakan negara yang melahirkan ramai bookie-wan bookie-wan yang bertanggungjawab menghancurkan liga di Asia ini. Takkan ajak Singapura hanya kerana alasan nak kuatkan hubungan antara dua negara kot.

Lalu Azzudin Azzuri pun tiba tiba marah dengan FIFA pasal sentuh isu rasuah di Malaysia. Eh , FAM lagi power tau dari FIFA. FIFA tu ditunjangi oleh Sepp Blater. FAM ditunjangi oleh Sultan Bola. Mana lagi besar? FAM lah wei. FIFA tu orang biasa je yang mengetuai. Ini Sultan Bola yang bawak FAM. Mana kau nak carik Presiden yang duduk di office sepanjang 28 tahun 'memerintah'. Mana nak carik Presiden yang jarang turun ketika Final mana mana piala di Malaysia. Sepp Blatter tu turun Final World Cup semua tu , apa barang wei? Tak Presiden langsung. Tengok our mighty Sultan Bola. Chill je. Style dia - pokok dek kau , pokok dek den. 'Sey malas turun final , tengok kat tv lagi best. HD lagi. Siap ada dua channel lagi. Tak payah nak dengar jeritan "FAM Bangsat , FAM anjing semua. Biar anak-anak buah sey yang hadap' , kata Sultan Bola.

Ketika aku tulis benda ni , tiba tiba sayang aku kepada FAM bertambah. Entah kenapa. Aku sebenarnya menunggu kejutan dari FAM sebenarnya. Kejutan tentang liga Malaysia. Ada je kejutan seperti tak boleh bawak banner , tak boleh bawak pakai seluar pendek masuk stadium , tak boleh chanting , tak boleh bawak kuaci , tak boleh jual beli dalam stadium , tak boleh hisap rokok. Baru negara maju macam ni. Baru boleh sampai level negara Jepun ataupun Korea. Berdisiplin. Kejutan lain pula seperti bawa skuad Harimau Malaya ke Sabah untuk menentang Sabah. Bagus usaha FAM. Mana nak dapat persatuan yang bawa skuad negara merentasi semenanjung hanya kerana nak rakyat dekati bolasepak. Effort sebegini lah perlu dipuji. Boleh menang anugera Nobel. Barulah kena dengan motto - Bolasepak untuk bangsawan. Ops bukan. Bolasepak untuk rakyat sebenarnya.

Sekali lagi aku search di google tentang FAM. Ensiklopedia bebas iaitu wikipedia versi Bahasa Melayu memberitahu aku yang FAM ni banyak makna. Antara yang menarik minat aku ialah ini - Football Association of Mengarut. Takpe FAM , we always stay behind you. Don't worry.

Bila lah para FAM-wan ni nak dapat 'hidayah' tentang budaya bolasepak , cara memajukan bolasepak negara. Itulah , orang suruh baca blog Cabron Del Mundo taknak , suruh ambil nota tentang idea Lucius  pun taknak. Jadilah macam Singapura. Suruh lah Effa tu ganti Safee tu nanti. Effa tu nanti kau tukar nama dia jadi Seffa Sally.

"Some people believe football is a matter of life and death, I am very disappointed with that attitude. I can assure you it is much, much more important than that." - Bill Shankly.

2 comments:

  1. fyi - bill shankly adalah sosialis bola sepak..bukan kapitalis

    ReplyDelete