Siapa kami

Salam...

Ultras No9ori pada mulanya merupakan kumpulan rakan2 facebook yg mahukan sesuatu kelainan dari segi sokongan terhadap pasukan Negeri Sembilan. Ultras Malaya telah membuka mata dan hati kami supaya menjadi seorang penyokong dan bukan penonton di stadium. Pada awalnya kami menggelarkan nama kumpulan kami “Die Hard Fan” tetapi kemudianya mengubah kepada Ultras Nogori.

Pada awal penubuhanya gang “Die Hard Fan” bergabung dgn “Ninth Mania”, maka pada 1-01-2011 pages Ultras telah dibuka kepada umum di facebook. Kemudian muncul pula “Jang Brigade” sbg keluarga yg baru. Setelah mendapat sokongan dari Ultras Malaya maka komplot pertama telah berjaya diadakan pada 15.01.2011. segala perbincangan dan perkongsian pendapat telah mencapai kata sepakat.

Pada 29/01/2011 sejarah di stadium paroi telah tercipta.. lebih kurang 70 orang ultras dari seluruh Negeri sembilan telah berkumpul di kona 4c. Sebanyak 20 btg Flare telah dibakar membentuk huruf “N”. ini lah saat2 yang kami tunggu selama ini dan ia telah pun menjadi kenyataan.

Oleh kerana kejadian ini berlaku di curva 4C.. maka kami dari Ultras No9ori sebulat suara menamakan curva 4C sebagai “KONA4C”. Kini Kona4C adalah rumah bagi kami dan kami akan mempertahankanya.