13 April 2012

Semua Kutuk , Semua Menyumpah

Sejak dua tiga minggu ni , FAM bangsat , Presiden FAM Sila Letak Jawatan malah Udin dan Idin hangat ditulis oleh penggemar penggemar laman sosial. Aku rasa , kalau FAM ni seorang manusia , maka dia akan ambik keputusan untuk bunuh diri.

Korang pernah tak fikir apa jasa FAM ni? Mereka lah yang telah membawa khabar gembira kepada penyokong BPL dengan membawa Chelsea , Arsenal dan Liverpool pada tahun lepas. Mereka menceriakan hari hari penyokong ni semua dengan membawa pasukan pasukan tu ke Malaysia. Malah pada tahun ini , ada lagi friendly menentang kelab luar yang dicanangkan oleh FAM. Ini akan membuat daya saing diantara pemain Malaysia dengan pemain luar , bertambah. Malaysia akan belajar bagaimana mahu bermain bola sepak sebenar. Ni semua korang tak fikir ke?

Air mata kegembiraan korang dikala Malaysia menang Suzuki Cup dan pingat emas Sukan Sea , siapa lagi kalau bukan FAM yang merancang apa nak buat semua. Mereka juga lah yang lantik Ong Kim Swee dan Rajagopal sekaligus membawa Malaysia memenangi piala yang bersejarah itu. Even piala Carling  mahupun pingat emas Olimpik pun tak mampu menandingi dua dua kejayaan itu.

Siapa lagi yang membuatkan liga-M ni bermutu kalau bukan FAM? FAM ni merancang pelbagai program , pelbagai cara untuk menaikkan mutu liga-M. Come on , cuba tengok stadium stadium di sekitar anda ketika hari perlawanan. Cukup ramai. Cukup meriah. Ditambah pulak dengan siaran langsung dari Astro dan RTM. Dengan cara Astro dan RTM membuat siaran langsung , ini akan mengubat kerinduan peminat bolasepak tempatan untuk kembali ke stadium dan mengisi ruang ruang kosong yang selalunya diisi dengan kulit kuaci , plastik burger dan bekas air minuman.

Presiden tu , dia tak kisah Malaysia kalah. Baginya , itu learning process. Fasa untuk naik ke ranking FIFA Top 100. Itu lah bagusnya. Maksudnya , kalau Malaysia kalah , dia tak kritik. Secara mentally-nya , pemain pemain akan tidak berasa risau. Ini akan menyebabkan permainan mereka bertambah kualitinya dari satu friendly ke satu friendly. Siapa kata Malaysia takde friendly? Harimau Muda friendly dengan team team dari liga Singapura manakala Harimau Malaya friendly dengan liga-M. Ini semua taktik taktik rahsia FAM.

Walaupun semua menyumpah dengan mengeji , FAM tetap berdiri teguh. Tetap sedaya upaya memajukan bolasepak Malaysia. Terbaru , ranking Malaysia jatuh ke tangga 156. Itu semua taktik FIFA untuk malukan FAM. Sudah sudahlah dengan taktik Chris Eaton yang mengaitkan liga-M diatur. Tu semua penipuan yang dilakukan FIFA untuk malukan FAM. Macam mana Malaysia tak dapat mata walaupun membuat friendly berclass A seperti melawan Sarawak , Sabah dan Negeri Sembilan. Bagaimana pula ketika menentang kelab kelab BPL? Dimana mata mata itu semua?

Presiden FAM , duduklah di kerusi empuk itu sehingga anda rasa tiba masanya untuk anda pergi. Tak perlu hirau dengan jeritan orang luar itu. Mereka semua tak pernah kenang bakti FAM.

Presiden FAM Sila Pegang Jawatan Sehingga Bila-Bila.

05 April 2012

Sahyeed Tak Puas Hati

Sahyeed merupakan penyokong tegar Negeri Sembilan. Dia sanggup awaydays ke mana mana asalkan dia menemani pasukan Negeri Sembilan. Dari utara hingga ke selatan , dari barat hingga ke timur. Semua dia pernah pegi. Cuma Sahyeed ni tak pernah tahu tentang homenya sendiri. Maksudnya dia tidak tahu menahu tentang STAR of Paroi.

'STAR of Paroi tu apa?' , kata Sahyeed ketika ditemui di restorannya Sahyeed Mahjuw.


Ketika Negeri Sembilan menentang Lion$ XII selasa lepas , Sahyeed berpeluang pergi memandangkan pekerjanya semua sihat belaka sekaligus dapatlah dia rehat sehari dari pekerjaannya. Last kali Sahyeed pergi adalah ketika SUKMA 2004.

'Peh , dekat 8 tahun setengah jugak aku tak datang sini.' , kata Sahyeed sambil memusing-musingkan kepalanya melihat apa perubahan stadium itu.

Tiba-tiba dia melihat segerombolan baju hitam , huha huha sana sini sambil memakai mafla yang sebenarnya tidak logik dek akal untuk disarungkan di leher memandangkan Malaysia ni panas.

'Bangang betul budak budak tu semua , pesen taktahu Malaysia ni panas ke apa? Takpe , asal tak buat bising sudah.' , bebel Sahyeed dalam hati.

Player Negeri Sembilan mula masuk padang dengan bendera fair-play. Sahyeed berdiri nak nyanyikan lagu Negaraku. Tiba tiba dia melihat flare , terkejut campur marah.

'Tu apa pulak tu? Berasap asap lah haaa , macam mano nak tengok bula ni weiii?!' , pekik si Sahyeed sambil tidak menghiraukan Negaraku. Sahyeed memang panas dengan budak baju hitam tu. Kejap joget ke kiri , kejap ke kanan. Lepastu pasang benda alah berasap colour kuning , kejap merah. Last last Sahyeed pun berasap.

'Celaka , panas betul aku macam ni. Dah la kalah , lepastu boleh pulak berjoget la apa semua. Dia pikir ni apa? Pesta muda mudi ke?' , bebel Sahyeed sambil baling berbekas bekas air ke atas padang. Game tamat dan pasukan kesayangannya Negeri Sembilan tumpas ke atas Lion$ XII dengan jaringan 2 berbalas 4.

Sahyeed terus preng preng dia punya LC dan pecut balik restoran. Satu satu pekerja dia karate. Ada lari , ada tak lepas. Restorannya ditutup jam 10.30pm atas sebab pekerja tak cukup.

Aku rasa Sahyeed datang Sabtu ni lawan Sabah. Jaga jaga budak baju hitam.