26 February 2011

Perlawanan tumpuan?


Kenapa malam ini jadi tumpuan buat semua penyokong dan penonton Negeri Sembilan?

Malam ini segalanya bakal terungkai/terjawab kerana keputusan malam ini ibarat nyawa bagi jurulatih skuad Negeri Sembilan iaitu Wan Jamak. Jika pemain sayangkan beliau maka pemain perlu bersungguh-sungguh memastikan kemenangan manakala jika mereka bermain sambil lewa padah akan menimpa Jurulatih tersebut.

Inilah bolasepak, ada ketika suka dan ada ketika berduka. Sejauh mana pula kesetiaan penyokong Negeri Sembilan malam ini. Adakah mereka akan hadir memberi sorakan atau hanya tunggu dan lihat keputusan sambil bersantai dirumah. Setelah menanggung dua kekalahan berturut-turut berapakah bilangan yang akan hadir ke stadium malam ini?

Kami dari Ultras No9ori menyeru semua anak jati Negeri Sembilan untuk hadir ke Stadium, jangan gah dialam maya sahaja dengan mengaku diri sebagai penyokong setia. Buktikan kesetiaan anda walaupun apa jua keputusan perlawanan.

Jumpa kami di KONA4C malam nanti. Pastikan anda hadir sebagai penyokong dan bukan sebagai penonton.

Anak kobau berlari-lari,
Anak ghuso terkojar-kojar,
mari semuo wahai anak nogori
stadium paroi kito kasi gogar.

Assalamualaikum!!!

25 February 2011

MALAYSIA vs PAKISTAN

Ultras No9ori di Stadium Shah Alam

Kami hadir lagi di Shah Alam untuk bersatu bersama-sama Ultras Malaya. Kali ini skuad Pakistan telah menjadi mangsa santapan Harimau Muda. Keputusan 2-0 sudah cukup kerana Pakistan bukanlah sebuah pasukan yang kuat dalam pertandingan bolasepak. Merujuk kepada ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA, Malaysia kini berada dikedudukan 140 dunia manakala Pakistan di tangga yang ke 173.

Harapan dan doa semua penyokong Harimau Muda agar skuad Harimau Muda ini boleh melangkah lebih jauh lagi diperingkat antarabangsa. Buktikan bahawa Malaysia yang mana satu masa dahulu merupakan skuad terbaik di Asia ini akan menggegar  kembali dunia Bolasepak.

Kenapa anak **** jalan tunduk?


Hairan melihat mereka yang jalan tertunduk-tunduk dicelah-celah penyokong Ultras Malaya pada malam tersebut. Adakah kerana mereka malu untuk mendongakan muka memandang wajah-wajah Anak Malaysia yang menyokong Skuad Harimau  tanpa henti-hentinya. Atau ada sesuatu yang mereka cari, saya tahu jawapanya dan mungkin anda juga tahu. Biarlah rahsia.

Itu hanya satu paparan sahaja, tetapi sebelum itu segerombolan kecil puak tersebut tiba-tiba datang menyerbu kononya dapat perintah melarang penggunaan batang pvc bagi mengibarkan bendera. kenapa tak boleh ye, AFC larang atau FIFA larang?

Sudahlah tu, hentikan pandangan negatif anda kepada Ultras yang ada di Malaysia ni. Kami ni bukan mat kuaci. Kalau betul nak melarang ada lebih baiknya selepas ini sesiapa yang mahu ke stadium bagi menyokong bolasepak Negara kita dikenakan undang-undang seperti berikut :

1. Tangan dan kaki harus diikat kerana tangan dan kaki digunakan ketika pergaduhan.

2. Mulut harus diikat/tutup kerana mulutlah yang bersuara mengeluarkan kata-kata berbentuk provokasi.

3. Penggunaan seluar juga dilarang hanya boleh memakai kain pelikat, ini kerana jika memakai seluar pasti akan memakai tali pinggang. kerana ia juga boleh dijadikan senjata.

Maaf terlebih tulis sehingga terlupa nak lap buih dibibir saya. Assalamualaikum.

23 February 2011

Kelayakan Olimpik.



We Love You
We Love You
We Love You
Oh Malaysia We Love You
We Love You, We Love You
Ooooooooooo (4x)

Pastinya chants ini akan bergema malam nanti.

SENARAI NAMA PEMAIN:

PAKISTAN U21 TEAM:
Goal keepers: Yousof Ejaz Butt (Birkerod IF Skjold, Denmark), Amir Gul (NBP), Muhammad Omar (KESC)
Defenders: Manzoor Ahmed (WAPDA), Alamgir Khan (Police), Ahsan Ullah (PEL), Obaid Majeed (KPT), Ansar Abbas (Army)       
Midfielders: Faisal Iqbal (NBP), Syed Arif Hussain (WAPDA), Muhammad Tauseef (WAPDA), Muhammad Adil (KRL), Mahmood Khan (KRL), Irfan Khan (Bradford Park Avenue Association Football Club, England)
Strikers: Saddam Hussain (PIA), Fahad Ullah Khan (PTV), Jadeed Khan Pathan (WAPDA) CAP, Rizwan Asif (KRL) VC, Kalim Ullah ( KRL)


MALAYSIA U21 TEAM:
Goal Keepers : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A)
Defenders: Mohamad Muslim Ahmad CAP, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Faizal Muhamad, Mahalli Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Fandi Othman (Harimau Muda A)
Midfielders:  K. Gurusamy VC, Wan Zaharulnizam, Mohd Irfan Fazail, Robbat Gary Steven, S. Sivanesan, Wan Zack Haikal (Harimau Muda A), Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah)
Strikers: Mohd Ferris Daniel Mat Nasir )Harimau Muda A), Ahmad Shakir Ali (Kedah), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
Stand byes: V. Kavi Chelvan,  Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, A. Thamil Arasu, Wan Nor Wan Zakarian, Muhammad Nazmi Faiz, D. Saarvindran, Abdul Shukor Jusoh.

17 February 2011

NEGERI SEMBILAN vs FELDA UNITED

15 Februari 2011 telah menyaksikan pertemuan dua pasukan yang berentap dalam aksi Liga Super Malaysia iaitu Negeri Sembilan dan Felda United. Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada pihak bukan tuan rumah (Felda United). Walaupun mengalami kekalahan, geng ULTRAS NO9ORI tidak pernah mengalah dan jemu dalam memberikan sokongan kepada pasukan. 90 minit tanpa henti yang menjadi tugasan dan matlamat berjaya di buktikan walaupun skuad rusa masih tidak memperoleh kemenangan meskpun di tempat sendiri. Sejarah juga tercipta apabila cubaan kali pertama bom asap berjaya memenuhi ruang kona 4C. Semangat yang di tunjukkan oleh ULTRAS NO9ORI mendapat perhatian pengulas sukan Astro Arena apabila nama ULTRAS NO9ORI di sebut dalam ulasannya. Perlawanan ini di siarkan secara langsung di Astro Arena 801 pada malam perlawanan berlangsung. Sewaktu rehat separuh masa pertama, salah seorang ahli UN9 telah memberi maklumat bahawa suara geng ULTRAS NO9ORI kedengaran tanpa henti di televisyen sepanjang perlawanan berlangsung. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang hadir. Seperti biasa, geng ULTRAS NO9ORI meneruskan chants mereka sehingga ke luar stadium. Semangat yang ditunjukkan oleh mereka ini begitu membanggakan dan semangat mereka boleh diibaratkan seperti membaranya semarak api flare yang dibakar. Sekali tahniah buat geng ULTRAS NO9ORI. Diharapkan semangat ini akan terus menerus dinyalakan dalam diri masing-masing dan bukanlah sekadar hangat-hangat tahi ayam, lepaskan ayam, tahi yang dapat.
Sekian laporan ringkas untuk berita UN9.
Album Gambar : klik disini (kredit to : Don Helmy)
"menang kalah, kami tetap di sini"

14 February 2011

TRIP KE IPOH BERSAMA ULTRAS NO9ORI

BUKAN SEKADAR MELEPAS BATUK DI TANGGA
12hb Februari, maka hari yang dinantikan telah pun tiba, pada tarikh ini segala perancangan selama 2 minggu akan diterjemahkan. Seawal jam 9 pagi sudah kelihatan beberapa Orang ahli kumpulan telah pun berada di sekitar Hentian Komuter Seremban. Hari ini mereka akan ke Kuala Lumpur bagi menyertai beberapa rakan-rakan yang lain merealisasikan “Trip ke Ipoh bersama Ultras No9ori”.

Di kL sentral pula sekumpulan lagi rakan-rakan berkumpul sekitar jam 11 pagi. Disinilah pertemuan yang bakal membawa Ultras No9ori ke Ipoh menaiki kereta api jam 12.40 tengahari. Sebelum berangkat Ustaz Dinie sempat membaca doa meminta keizinan dari Yang Maha Esa bagi memudahkan perjalanan kami. Perjalanan selama hampir 3 jam ini di isi dengan sedikit latihan chants dan juga beberapa aktiviti yang terlibat dalam perancangan sebelum ini.. Kerjasama 100% telah diberikan oleh semua yang terlibat.

Apabila sampai di Ipoh, kehadiran kami telah pun dinantikan oleh wakil dari Silver State Ultras. Wakil ini telah membantu kami dgn menyediakan sebuah bas sebagai pengangkutan untuk ke Stadium pergi dan balik. Sempat juga kami merakam gambar sebagai kenangan apabila berada di Stesen Kereta api Ipoh tersebut.

Apabila sampai di Stadium Ipoh pula kami mencari kedai makan untuk mengalas perut. Alhamdulillah, layanan yang diberikan oleh peniaga-peniaga disana amat memuaskan dan harga yang dikenakan pula amatlah setimpal dengan makanan yang disediakan. Semasa mencari tempat untuk berehat sambil membuat latihan chants kami terserempak dengan wakil N9KINI, mereka sempat mengambil beberapa keping gambar kami untuk dimuatkan ke dalam web mereka.

Setelah selesai pembelian tiket ( terima kasih buat kelab penyokong Perak), kami telah pun berkumpul di hadapan pintu masuk grandstand iaitu dengan matlamat menunggu ketibaan Pasukan Negeri Sembilan. Keadaan yang sepi tiba-tiba menjadi medan pertempuran chants, saudara- saudara kami dari Silver State Ultras telah datang memberi ucapan Selamat Datang melalui chants sambil kami membalasnya pula. Sungguh meriah keadaan ketika itu, kami berpelukan dalam kegembiraan kerana suasana begini tidak pernah kami alami sebelum ini.

Bunyi dari siren polis telah kedengaran, ini menandakan yang pasukan kesayangan kami telah pun tiba. Kami berkumpul di hadapan pintu masuk dan apabila pintu bas dibuka kami chants bagi menyambut pahlawan-pahlawan kami dengan nyanyian yang membangkitkan semangat mereka.

Sebelum perlawanan dimulakan kami telah pun bersiap sedia mengantung banner dan berdiri dikelompok rakan-rakan kami. Terdapat juga beberapa individu yang hadir dengan alternatif sendiri yang menyertai kelompok kami. Seperti Biasa 90 minit berdiri dan menyanyi tanpa henti kerana itu adalah cara kami memberi sokongan.

Walau pun kalah dalam perlawanan tersebut sedikit pun tidak menjejaskan semangat kami, di luar stadium kami masih lagi sempat meraikan pemain-pemain Negeri Sembilan apabila mereka menaiki bas untuk pulang. Fenomena ini disaksikan oleh sekumpulan penyokong-penyokong Perak dan juga saudara-saudara kami dari Silver State Ultras. Sempat juga kami berbalas-balas chants dengan Silver State Ultras sebelum meminta diri untuk beredar dari perkarangan Stadium.

Oleh kerana masih banyak lagi masa kerana tiket yang kami beli untuk pulang ke kL sentral hanya akan bertolak jam 4.40 pagi, kami sempat menikmati makanan di Bandaraya Ipoh. Terima kasih buat Saudara Hafis yang telah membayar makanan dan minuman kami. Semoga Allah membalas segala budi baik mereka yang telah membantu  kami sepanjang kami berada disana. Selepas itu kami berkumpul pula di hadapan Stesen kereta api Ipoh, terdapat sebuah taman dihadapan bangunan tersebut. Ada diantara kami yang sempat merehatkan badan dan ada juga yang sibuk berbual-bual hinggalah sampai saat kami perlu menaiki kereta api untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sedih rasanya meninggalkan Bandaraya Ipoh, kerana sejarah telah pun kami cipta disana (fist away games with Ultras No9ori).

Tepat jam 7.30 pagi 13hb kami semua selamat sampai ke kL sentral. Sebelum berpisah kami sempat menikmati sarapan pagi bersama sama. Inilah perjalanan kami, inilah usaha kami. Biar pun penat tapi ini lah yang kami cari selama ini. Usahasama/ kerjasama ,berganding bahu, suka ria mahu pun kesedihan dan susah atau pun senang demi Negeri tersayang.

12 February 2011

ULTRAS NO9ORI ke IPOH

12hb Februari 2011, komplotan ULTRAS NO9ORI telah mula berkumpul di KL SENTRAL seawal jam 11 pagi sebelum bergerak menaiki KTM ke IPOH pada jam 12.45tengahari. Sebelum bertolak mereka terlebih dahulu mengisi perut di Food Court KL Sentral bagi mengelakkan kelaparan sewaktu di dalam tren. Mereka juga sempat mengambil gambar kenangan sebelum bertolak. Alhamdulillah mereka akhirnya selamat tiba di Ipoh pada jam 3.47 p.m ( laju gak tren tu ) . Semoga kehadiran mereka ini dapat menggamatkan suasana di Stadium Ipoh dan juga dapat membantu pasukan NEGERI SEMBILAN untuk meraih kejayaan apabila semangat mereka di bakar oleh kami ULTRAS NO9ORI.Semoga Allah merahmati perjuangan dan semangat mereka. InsyaAllah mereka pulang bawa kejayaan. Semangat UN9! Hobin Jang Hobin.
p/s : nantikan update seterusnya untuk mengetahui perjalanan mereka di sana.
sekian.
"Musuhnya Habis Binasa"
 info terkini di : N9 Kini

10 February 2011

MALAYSIA vs HONG KONG

Pada 9 Februari 2011(RABU,8.45pm), Geng ULTRAS N090RI telah mengadakan pertemuan dan bergabung tenaga dengan ULTRAS MALAYA dan ultras-ultras dari negeri yang lain dalam memberikan sokongan padu kepada pasukan MALAYSIA dalam pertemuan PERLAWANAN PERSAHABATAN antara MALAYSIA dan HONG KONG semalam. Alhamdulillah berkat kesungguhan pasukan HARIMAU MALAYA, Malaysia telah berjaya menundukkan Hong Kong 2 - 0 hasil jaringan SAFIQ RAHIM & AMIRUL HADI. Sepanjang perlawanan berlangsung, kedengaran Geng2 ULTRAS MALAYA bersama-sama dengan ULTRAS NO9ORI dan Ultras2 dari negeri yang lain memberikan sokongan 90 minit tanpa henti. Kelihatan juga bendera & banner besar Ultras-Ultras Malaysia berkibaran sepanjang perlawanan berlangsung. Tidak dapat disangkal lagi kehebatan sorakan ultras mampu membantu menaikkan semangat para pemain untuk berhadapan dengan pasukan lawan. Apa yang lebih menarik lagi, selesai sahaja perlawanan, apabila scoreboard menunjukkan tanda kemenangan MALAYSIA 2-0, beberapa ahli Ultras dengan berani dan yakinnya telah memasang flare bagi memeriahkan lagi suasana. Suasana menjadi lebih gamat apabila penyerang utama Safee Sali memberikan tanda sokongan kepada para ultras dan beliau juga sempat menyarungkan t-shirt ULTRASEL dan mengelilingi stadium memberikan senyuman sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat pasukan Malaysia. Pastinya ramai penyokong/penonton/peminat merasa cemburu dan iri hati apabila melihat SAFEE SALI berlari ke arah geng ULTRAS terlebih dahulu dan memberikan tanda penghargaan beliau. (kat orang lain dia jalan,senyum,salam mane yg sempat je..tp kt kitorang dia siap tunduk lagi tau. tanda terima kasih..jgn cemburu.) 
Di harapkan, selepas ini, kita di ULTRAS NO9ORI mampu untuk memperolehi pengikut seramai mungkin agar kita dapat merasai lebih kehangatan dan kemeriahan sepertimana kita merasai kepenatan & kepuasan yang sebenar dalam set malam tadi bersama Ultras Malaya & lain2. (den pecayo kok kek paroi ghamai cam semalam, hebat cam semalam lah, konpem sok meriah eh kek paroi, umang aihh, sampai acik2 kek lua jual baju tu pun nak masuk join kito. bilo donga kito chants kek dalam. hehe  :)
p/s : gambar2 sepanjang perlawanan akan diupload kemudian. sebarang kemusykilan boleh lah terus ke wall page kami di FB : ULTRAS NOGORI 9 
(cameraman kepenatan. tu x terupload laie tu. :p)
::  majulah ULTRAS NO9ORI untuk NO9ORI ::
sekian.

07 February 2011

Ultras, Fenomena dan Budaya

1. Apakah itu Ultras
2. Curva
3. Corteo
4. Tifo
5. Capo
6. Flares dan bom asap
7. Bagaimana mengenal ultras
8. 4 teras ultras
9. Perbezaan ultras dan hooligans.
10. Kesimpulan


1.Apakah itu ULTRAS


ULTRAS mengikut penafsiran Wikipedia adalah sejenis kumpulan yang dikenali dengan sokongan padu yang fanatik dan persembahan yang dipertunjukkan oleh mereka. Secara keseluruhannya, ultras di seluruh dunia dikenali dengan penggunaan suar (flares), terutamanya dalam koreofrafi tifo, sokongan dari segi sorakan dalam kumpulan besar dan banner yang dipasang di stadium.


Tindakan sesuatu kumpulan ultras di luar Negara adalah  boleh menjadi extreme dan kadang kala dipengaruhi oleh sesuatu ideology politik atau perkauman, tetapi kebanyakannya ia adalah satu  fenomena ultras, keghairahan dan kesetiaan dalam menyokong sesuatu pasukan.


Menurut Freddie Marciano dalam artikel yang ditulis di laman sesawang (www.ultrasmalaya.net), penulis menerangkan dengan lebih lanjut mengenai ultras. Dalam tulisannya, perkataan ‘ultras’ wujud dari perkataan ‘oltreyang bermaksud ‘beyond’ atau melampaui batasan. Beliau menekankan  untuk menjadi ultras seseorang itu harus maju setapak lebih dari orang lain.


2. Curva


Curva dan ultras adalah signifikan. Curva dalam bahasa itali atau ‘curve’ dengan kata lainnya adalah lengkongan di dalam stadium. Seseorang ultras hendaklah menumpukan taat setianya pada curva. Seperti mana A.S Roma di Stadium Olimpico  memilih Curva Sud dan Milan di Curva Nord, Stadium San Siro. Ultras memilih untuk setia dengan curva adalah berdasarkan beberapa faktor antaranya adalah dari segi sejarah yang dikhabarkan bahawa curva adalah tempat yang diberi kepada golongan yang tidak berkemampuan untuk membeli tiket bagi tempat duduk yang mahal dalam stadium, kebiasaanya diletakkan di belakang gol. Zaman berganti zaman, curva menjadi lokasi wajib bagi setiap ultras menjadikannya sebagai markas mereka bersorak dan berdiri 90 minit.  Kebiasaanya, di curva lah aksi-aksi menarik di pertontonkan sebagai tanda sokongan misalnya dalam pembakaran suar, pertunjukkan tifo dan paparan koreografi.


3. Corteo


Perarakan ultras beramai-ramai dengan bendera, banner dan chants dikenali sebagai corteo. Sambil  berarak, ultras akan menyanyikan pelbagai lagu semangat mengiringi corteo mereka. Lazimnya corteo dimulakan sekumpulan kecil dan diikuti orang ramai menjadi perarakan besar. Corteo adalah penting dalam menunjukkan kegerunan kepada pihak lawan. Ia dapat menjadi senjata yang boleh melemahkan semangat pihak lawan disaat menyaksikan segerombolan tentera yang mereka perlu hadapi.


4. Tifo


Tifo berasal dari perkataan itali, merupakan salah satu elemen penting dalam ultras. Ia adalah satu paparan koreografi yang membentuk imej dan tulisan. Tifo dilakukan dalam skala yang ramai dan disiplin yang mantap diperlukan dalam membentuk koreografi paparan tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti plastik, kertas yang membentuk paparan, bendera dan banner yang besar, paper rolls dan sebagainya bergantung kepada kreativiti penyokong.


5. Capo


Ketua yang memimpin sesuatu krew atau tentera digelar Capo yang berasal dari perkataan itali. Disiplin seseorang ultras turut mewajibkan crew ultras untuk mengikut setiap arahan yang diberikan oleh capo. Ini bagi memastikan keseragaman dan setiap choreo yang mahu dilakukan dapat dilakukan dengan jayanya. Crew adalah dilarang sama sekali berdiri di tempat capo iaitu di bahagian bawah sekali bagi mengelakkan kesesakan yang akan mengakibatkan arahan tidak sampai dengan lancarnya. Seseorang capo harus bersifat tegas kerana capo adalah dipandang tinggi dalam ultras kerana nadi kelancaran sesuatu perjalanan bergantung kepada capo.


6. Flares dan bom asap


Ultras tanpa suar (flares) adalah sesuatu yang tidak seimbang ibarat pantai yang tidak berombak. Disiplin dalam pembakaran flares adalah suatu yang seni. Ramai orang yang menyalah anggap bahawa ultras yang membakar adalah samseng bolasepak. Penulis percaya penggunaan flares dikalangan ultras adalah berdisiplin dan terkawal. Seseorang ultras bijak yang membakar flares akan memadamkan sendiri flares yang dibakar dan tidak dibaling ke padang kerana ia boleh menggangu perlawanan. Memegang flares dan membakar bom asap adalah sesuatu penghormatan dari ultras kepada pasukan di samping menimbulkan rasa gerun kepada pihak lawan. Kontroversi mengenai pembakaran flares dan bom asap haruslah diredakan memandangkan disiplin ultras dalam mengendalikan instrument tersebut adalah terkawal.


7. Bagaimana mengenal ultras


Freddie Marciano dalam artikelnya menafsirkan bahawa seseorang ultras itu tidak boleh dilihat dengan pakaian (dress code). Lazimnya seseorang ultras dikenali dengan hooded, scard/mafla yang menutupi mukanya, dan tidak mengikuti trend berpakaian seseorang peminat bolasepak. Baju yang dipakai juga tidak mempunyai logo kelab. Hanya kawan baik akan mengenal seseorang ultras dan Ultras itu bukan satu trend tetapi jiwa, fenomena dan budaya.  


8. 4 teras dalam Ultras


1) Tidak berhenti menyanyi atau chanting semasa perlawanan, tidak kira keputusannya.
2) Tidak duduk semasa perlawanan.
3) Hadir sebanyak mungkin perlawanan (Home & away), tidak mengira kos dan jarak.
4) kesetiaan kepada lokasi ultras. (curva)


9. Perbezaan ultras dan hooligans.
Hooliganism lebih kepada pergaduhan antara kelab. Berbeza dengan Ultras walaupun kadangkala boleh menjadi ganas, kebanyakan perlawanan berlansung tanpa insiden pergaduhan. Ultras adalah seni. Seni flares, Tifo dan choreo. Seseorang ultras tidak akan menyerang, namun jika diserang pertahankan diri adalah menjadi keutamaan. “Ultras never leave man behind; this is brotherhood, blood in blood out


10. Kesimpulan
Budaya ultras masih lagi baru di Malaysia mahupun sudah dimulakan Ultras Malaya sejak tahun 2007 lagi. Namun dek kesedaran anak muda dalam memperjuangkan hak membangunkan sukan bola sepak di Malaysia, Ultras di setiap negeri terbit bagai cendawan selepas hujan mengikuti langkah murni Ultrasel (Selangor), Ultras Kedah dan SilverStateUltras (SSU Perak). Persembahan cemerlang Ultras Malaya pada perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 mendorong kemunculan Ultras No9ori (Negeri Sembilan), Ultras Kelantan-The Red Mania (Kelantan),  Ultras Tranung (Terengganu),Southern Troop Ultras (Johor), Ultras Taming Sari (Melaka),Elephant Army (Pahang) untuk memeriahkan lagi fenomena Ultras di Malaysia. Semoga kehadiran jiwa-jiwa ini dapat mengembalikan kegemilangan Liga Malaysia.


 “If you are ashamed of your colors, you better seek for another flag”-Ultras Malaya


Forza Malaysia!!!
-GE-


Rujukan:
Penulis (artikel) lokasi


Unanimous (Tifo) - http://en.wikipedia.org/wiki/Tifo
Unanimous (Curva) - http://en.wikipedia.org/wiki/Curva_(stadia)
Unanimous (Ultras) - http://en.wikipedia.org/wiki/Ultras
Freddie Marciano (What is to be an ultra?What is ultras?Who are they)-http://www.ultrasmalaya.net/
kredit for Mr L.Proff Ge™

06 February 2011

Trip ke Std Ipoh Perak.

Komplot ke Ipoh Perak..

Komplot alam maya ni dari pagi sampai ke tengah malam, bincangkan hal-hal berkaitan trip ke Ipoh pada 12hb nanti. Pelbagai cadangan telah diberikan, akhir nya dapat kata putus seperti berikut:

TEMPAT BERKUMPUL: KL SENTRAL
JAM : 7:00 AM
BERTOLAK : 8:30 AM
SAMPAI KE IPOH : 1 TGH HARI

PULANG : 2:30 AM
SAMPAI KL SENTRAL: 6:30 AM

PEMBELIAN TIKET : SILA BANK IN RM20.00 KE AKAU EN.NORAZMAN MOHAMMAD
NO ACC MAYBANK : 155171013903
SELEPAS BANK IN SILA SMS ID PESBUK DAN NO I/C KE 013-6718708 (UJIN MAT SHARIF) UNTUK DIKEMASKINI SENARAI NAMA.

Untuk memudahkan pergerakan pada hari tersebut terdapat kumpulan yang akan ke Kuala Lumpur pada hari jumaat malam. Mereka akan berkumpul di Terminal bas Seremban sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. Kumpulan ini akan bermalam di Taman Sri kuching ( tak tido tapi lepak kat cc.. free punya).
Jam 6:00 am kumpulan ini akan bertolak ke kL sentral. Sesiapa yg nak join kumpulan ini sila tinggalkan komen anda di wall pages.

Pastikan tiada kesulitan masa dan rancanglah perjalanan supaya memudahkan pergerakan trip ke ipoh ini.
jika ada sebarang perubahan kami akan cuba menyampaikanya secepat yang mungkin.

05 February 2011

Tamparan buat Skuad Ghuso

Pada ptg jumaat iaitu semalam berita gempar yang sampai ke tatapan mata bacaan penulis adalah kehilangan pakar fisioterapi Negeri Sembilan iaitu Mendiang See Kim Leong yang meninggal dunia di hospital besar Seremban, dikhabarkan mendiang akan dibawa pulang kek Klang Selangor untuk proses pengkebumian.

Lewat malam tadi/awal pagi sabtu pula satu lagi berita tergempar yang diterima adalah mengenai Kapten Pasukan Skuad Ghuso iaitu Saudara Shukor Adan yang dimasukan ke hospital akibat demam denggi.

Kami dari Ultras Negeri Sembilan mengucapkan salam takziah buat Keluarga Mendiang See Kim Leong. Kami juga mendoakan semoga Kapten Skuad Ghuso semoga cepat sembuh. Diharap wakil-wakil Ultras No9ori yang berhampiran dapat meluangkan masa melawat kapten Skuad Ghuso di hospital.

04 February 2011

Skuad Negeri sembilan 2011



Jurulatih
Wan Jamak Wan Hassan


Penjaga Gol
Farizal Harun,Farizal Marlias,Muhammad Hanif Saied


Pertahanan
Tengku Qayyun Ubaidillah Tengku Ahmad,Qhairul Anwar Roslani,Irwan Fadhli Idrus,Norhafiz Zamani Misbah,Muhammad Shukor Adan,Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak,Mohd Alif Shamsudin


Tengah
Abdul Halim Zainal,G.Mahathevan,Idris Karim


Penyerang
Hairuddin Omar,Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak,Shahruain Abu Samah,Ahmad Fakri Saarani,Ahmad Aminuddin Shahruddin,Mohd Firdaus Azizul,Mohd Shaffik Abdul Rahman,S Kunalan

Jom Kito Ke Perak Poik!!

Pada 12-02-2011 nanti, Ultras no9ori akan ke Stad Ipoh di Perak bagi menyokong pasukan Negeri Sembilan yg akan beraksi disana menentang Perak bagi perlawanan ketiga. Kami telah memilih untuk menaiki kereta api untuk pergi dan pulang. bagi sesiapa yang berminat untuk turut serta bolehlah mendaftar di event yg kami sudah sediakan di pages Ultras No9ori di facebook.
Event ke Perak Bersama Ultras No9ori

N9 Vs T-Team

Pada perlawanan ke-2 Liga Super pula yang berlangsung pada 1-02-2011 kami telah memilih untuk tidak membakar Flare didalam stadium. Pada malam tersebut kami telah membuat tifo. Anggaran kehadiran telah bertambah. Seramai 75 orang telah bersama-sama dengan kami.
Pada mlm tersebut Negeri Sembilan telah memenanginya dengan jaringan 3 berbalas 1. Rasa puas belum terbit lagi dihati kami walaupun pemain2 Negeri Sembilan menunjukan tepukan ke arah kami. Siapa lah Ultras tanpa Flare. Maka Keluar sahaja dari stadium kami telah membakar Flare sambil menyanyi. Inilah kepuasan bagi kami. Terdapat juga beberapa orang yg menghampiri kami untuk merakam dan mengambil gambar, mungkin kerana pekara sebegini terlalu baru untuk mereka.



































Perlawanan pembukaan Liga Super

Negeri Sembilan Vs Harimau Muda A.

Tanggal 29-01-2011 merupakan detik bersejarah bagi Ultras No9ori apabila kami berjaya berkumpul di kona4c sebagai penyokong yg cintakan bolasepak tanah air. Sebanyak 20 batang flare di bakar pada malam tersebut membentuk hurf “N” yg bermaksud Negeri..
Kami berkumpul seawal jam 4 petang lagi di pekarangan tempat letak kereta. Sekumpulan kecil dari kumpulan ini telah memasuki stadium pada jam 6 ptg bagi menguruskan hal berkaitan banner dan aspek2 lain yg terpaksa dirahsiakan.
Tepat jam 8.25 mlm, sekumpulan kumpulan kecil tersebut telah melaungkan “Masuk.. Masuk..” ke arah Kumpulan Ultras yang berada di luar stadium. Ini sebagai tanda menjemput mereka masuk untuk memulakan apa yang telah dirancang.
Dengan kekuatan hampir 60 orang.. kami menyanyi sambil memberi sokongan terhadap pasukan kesayangan kami. Selama 90 minit kami habiskan waktu tersebut sebagai penyokong. Rata-rata dari kumpulan kami berasa amat berpuas hati tambahan lagi perlawanan tersebut dimenangi oleh pasukan kesayangan kami iaitu Negeri sembilan.