17 October 2011

Kuasa Penyokong



Negeri Sembilan  3-0  Felda United



ombak di STAR of Paroi




Terima kasih semua. Terima kasih para pemain. Terima kasih Azraai Khor. Terima kasih Tok Mat. Oh ye, terima kasih juga pada acik jual burger,air dan kuaci. Dan yang paling penting sekali, TERIMA KASIH KEPADA PARA PENYOKONG NEGERI SEMBILAN. Malam tersebut merupakan malam yang bermakna. Maaf ya lambat na update. Kami UN9 sedang merancang tifo sesuai untuk dilakukan pada Sabtu 22 Oktober nanti.


Sebenarnya semangat penyokong Negeri Sembilan pada malam tersebut lain macam. Semuanya menginginkan skuad kendalian Azraai Khor menang ke atas Felda United dan melangkah ke peringkat separuh akhir. Setelah Hai-O meledakkan gol pertama, skuad Ruso Perkaso kian galak mencari gol bagi menghidupkan peluang ke semi. Kalau tak kerana gk Felda si Hamsani tu memang banyak gol dah malam tu. Berkat doa dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada seluruh waghih waghih malam tu, alhamdulillah kita berjaya menang 3-0 (agg 3-1) walaupun permainan berjalan sehingga ke masa tambahan.






Jadi apa kesimpulan dan pengajaran yang kita boleh ambil pada malam tersebut?


Setiap pasukan memerlukan para penyokongnya agar sentiasa berada di belakang mereka untuk memberikan sokongan dan dorongan supaya mereka sentiasa bersemangat untuk memenangi setiap perlawanan. Aku tengok malam tu kebanyakan penyokong Negeri sudah mula faham akan peranan mereka. Macam dalam video kek ateh ni, masa UN9 mulakan ombak, memang payah sikit. Maklumlah nak tarik crowd bukan senang poik! Tapi lambat laun bila satu stadium dah berombak, hanya mereka yang berada dalam stadium dapat merasai nikmatnya. Tambah lagi bila wisel ditiupkan pengadil. Sah, kita layak ke semi-final menentang pasukan berstatus kelab dari pantai timur, T-Team.



18 Oktober ni, Negeri Sembilan akan bertandang ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah untuk menentang tuan rumah, T-Team. Buat waghih-waghih yang pergi, selamat jalan dan selamat pulang yo. Pemergian anda semua sedikit sebanyak dapat menaikkan semangat para pemain kita. Yang tak pergi pulak, boleh kosongkan jadual anda sabtu ni sebab kita akan turun ke stadium keramat buat kali terakhir musim ini. Kalau boleh, kita nak stadium kali ni full-house dengan waghih-waghih sumo. Tak kiralah dari Tampin,P.D, Kuala Pilah, Jempol, Jelebu dan yang paling penting yang kat Seremban sebab anda paling dekat. Ingat! game ni game terakhir kat home. Ajakla semua mak ayah, jiran tetangga, adik beradik, saudara mara, pakwe makwe, bos datang ke stadium. Yang tak dapat turun bolehla beri sumbangan. Setiap sumbangan dan usaha anda untuk menyokong Negeri Sembilan amatlah dihargai. Yang tak dapat datang boleh sumbangkan duit untuk kegunaan tifo nanti. Segala update boleh lihat di page UN9



KEMON JANG!














13 October 2011

" Bangun semuo waghih! "

Hari ini 13 Oktober 2011. Besok, akan berlangsung perlawanan Piala Malaysia peringkat suku akhir pusingan kedua. Buat anak-anak Negeri, anda semua ada misi penting, iaitu menjadi pemain ke-12 dalam membantu pasukan kesayangan kita mara ke peringkat separuh akhir.   Aku tak nak cakap panjang tentang siapa pasukan yang bakal kita temui pada separuh akhir nanti. Apa yang penting, segala kudrat dan keringat mesti dicurahkan pada 2nd leg ni. Betul, kita ditewaskan oleh Felda United di Petaling Jaya isnin lalu. Tapi jangan jadikan kekalahan tersebut sebagai pematah semangat kita. Bangunlah semua anak negeri! Sumbangan anda dalam membantu menyokong bola sepak tempatan amatlah penting. Ingat! Jatuh bangun sesuatu pasukan juga terletak kepada pemain ke-12 iaitu kita sendiri sebagai penyokong. Tak kisahlah anda nak kibar bendera ke, duduk ontok ontok ke, dating ke, nak bawak anak bini ke asalkan jangan sesekali kita patah hati lalu menyumpah seranah kepada para pemain Negeri. Ini perkara yang patut kita jauhi. Buat anak anak Negeri yang hadir ke Stadium MBPJ haritu, anda sendiri sudah menyaksikan bertubi-tubi pasukan Negeri Sembilan menyerang ke kubu lawan. Namun nasib tidak menyebelahi kita sebagaimana yang dialami Kelantan sebelum ini apabila tewas 0-2 dengan lawan yang sama. Tidak mengapa, kita masih ada pusingan kedua di stadium keramat, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Namun kami, Ultras Nogori mengalu-alukan anda semua para penyokong Negeri untuk bersama-sama kami di Kona 4C. Anda akan mengalami sesuatu perasaan yang tidak boleh digambarkan apabila berada di Kona 4C. "Our Terrace, Our Rules" . Buangkan rasa malu anda dikhalayak (alah, bukan orang pandang kau pun, diorang pandang bola kau kat tengah padang tu jek) demi maruah pasukan kesayangan kita, Negeri Sembilan. Jangan lupa, nyanyikan lagu negeri kita sebaik sahaja lagu Negaraku tamat. Penuhkan STAR of Paroi dengan gegak gempita dengan sorakan terhadap pasukan kita! 





" Bangun semuo waghih! "







09 September 2011

Malaysia U23 0-0 Al Arbil

Pasukan  Olimpik  Malaysia  terikat  tanpa  jaringan  dengan  kelab  dari  Iraq,  Ababil  Al-Arbil. Pasal  apa  FAM  buat  friendly  dengan  kelab  lagi,  jangan  tanya  aku.  Haritu  dok  pompang  pompang  kat  suratkhabar  nak  tingkatkan ranking  bola  sepak  negara. Korang  pun  tau  la  kan  FAM  macam  mana. Perlawanan  berlangsung  di Wisma  FAM,  Kelana  Jaya.  Apa  pun,  Malaysia  berjaya  menampilkan  permainan  yang  tersusun  dan  berupaya  menghasilkan  jaringan  namun  pintu  gawang  lawan  tetap   kebal  dek  kerana  ketangkasan  penjaga gol  lawan.  Apa  nak  heran,  KFCM  pun  goyang  kaki  je  tadi  keh  keh  keh.  Kehadiran  sebahagian  komrad  UM  yang  sempat  hadir  tadi  turut  menyemarakkan  sokongan  yang  tidak  berbelah  bahagi  kepada  pasukan  Malaysia.  Walaupun  tanpa  kehadiran  tonggak-tonggak  yang  dipinjamkan  ke  FC  Vion  seperti  Wan  Zack  Haikal,  Irfan  Fazail,  dan  Fadhli  Shas  namun  Malaysia  U23  tetap  berupaya  mencabar  kubu  lawan   biarpun  saiz  badan  pak  arab  ni  gedang  gedang  belaka.  Badan  besar  mana  pun  kalau main  pun  macam  Singapork  pun  tak  guna  gak  ye  dak?  Sekian,  majulah  bola  sepak  untuk  FAM  negara.

08 September 2011

N. Sembilan bukti 10 pemain boleh menang



SEREMBAN - Kejayaan skuad Hoben Jang Hoben menumpaskan PKNS 2-1 di Kelana Jaya, Selangor, kelmarin dianggap sebagai permulaan positif buat Negeri Sembilan memulakan kempen Piala Malaysia 2011.
Kemenangan itu sekali gus membuktikan bahawa anak didik Azrai Khor Abdullah mempunyai azam yang tinggi dalam memulakan kempen musim ini walaupun terpaksa bermain 10 orang kelmarin.
Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejayaan mengutip tiga mata itu bakal menyuntik semangat pemain serta pasukan untuk mengharungi perlawanan seterusnya.
Katanya, biarpun dikejutkan gol awal pihak lawan seawal minit ketujuh dan bermain 10 pemain selama 40 minit sebelum perlawanan tamat, ia tidak melunturkan semangat pemain untuk bertahan sehingga mampu mencipta kemenangan.
''Tidak dinafikan pasukan PKNS bermain baik hingga berjaya mendapat gol di awal permainan, malah pemain muda mereka juga bermain pantas memberi saingan kepada kita.
''Kita juga memuji semangat dan corak pemain Negeri Sembilan yang bermain 10 pemain dan berjaya mengekal keputusan hingga ke wisel penamat," katanya di sini, semalam.
Beliau yang juga Menteri Besar berharap semua pemain dapat mengekalkan prestasi secara konsisten dalam menghadapi perlawanan akan datang sekali gus melayakkan diri dari peringkat kumpulan.
PKNS membuka tirai gol menerusi Mohd. Norhafiszuan Jailani sebelum gawang pasukan itu dirobek hasil jaringan Hairuddin Omar dan Shahurain Abu Samah minit ke-14 dan 44.
Sementera itu, Azrai ketika dihubungi gembira dan menganggap perlawanan pembukaan anak buahnya amat memberangsangkan.
Tambahnya, biarpun gagal mempamerkan aksi cemerlang dalam saingan Liga Super lalu, pembukaan kempen Piala Malaysia dalam peringkat kumpulan akan diberi perhatian sepenuhnya.
''Perlawanan pembukaan dan bermain 'away' adalah penting untuk kita mengutip tiga mata penuh apatah lagi bermain 10 pemain semalam diibaratkan satu mimpi negeri, namun keputusannya memberangsangkan.
''Kita juga akan memperkemaskan semula strategi perlawanan kerana sudah tentu Sime Darby mahukan kemenangan pada perlawanan kedua selepas tewas dengan Terengganu," jelasnya.

07 September 2011

Pemain NS diingatkan untuk Kekal konsisten

Sumber: Bernama



SEREMBAN, (Bernama) - Pemain Negeri Sembilan diingatkan supaya mengekalkan konsistensi dalam perlawanan seterusnya pada kempen Piala Malaysia musim ini bagi memastikan kejayaan.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kejayaan Negeri Sembilan menewaskan PKNS 2-1 dalam perlawanan Kumpulan B Piala Malaysia di Stadium MBPJ malam tadi merupakan satu permulaan yang baik untuk pasukan itu musim ini.
"Saya rasa amat sukacita kerana kita dapat pungut tiga mata penuh," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamad yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan berkata perlawanan malam tadi menunjukkan pemain skuad Rusa mempamerkan komitmen tinggi.
"Walaupun kita kehilangan penjaga gol utama Mohd Farizal Marlias yang dilayangkan kad merah pada minit ke-53, tetapi kita dapat mengekang dan mengawal permainan daripada asakan lawan. Kita bernasib baik dapat memungut tiga mata penuh di tempat lawan," katanya.
Negeri Sembilan merupakan juara Piala Malaysia 2009 dan naib johan musim lepas.
Pada pusingan awal Piala Malaysia musim ini, Negeri Sembilan diletakkan dalam Kumpulan B bersama Terengganu, PKNS dan Sime Darby.

16 July 2011

Woi.. baco apo kato Rajagopal kat dalam paper kosmo nih!!76-

Harimau Malaya tagih sokongan padu peminat


BARISAN negara giat berlatih sebagai persediaan menentang Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini.


NADA kecewa disuarakan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal menjelang aksi persahabatan menentang Liverpool di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang ini. Bukan kerana pengurus Liverpool, Kenny Dalglish sudah pulang awal ke England tetapi Rajagobal jelas berasa kecewa dengan sikap peminat yang hadir ketika Harimau Malaya tewas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.
“Saya tak faham apa yang mereka (peminat) mahu. Saya fikirkan mereka sudah cukup bijak. Mereka tak boleh samakan skuad kebangsaan dengan kelab Liga Perdana England. “Kita amat memerlukan sokongan peminat pada saat genting menghadapi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura. “Sebagai rakyat Malaysia dan menetap di Malaysia, bukan saya nak kata kita tak boleh sokong kelab Liga Perdana England.
“Tetapi kenapa tak boleh sehari sahaja datang ke stadium pakai jersi Malaysia? Saya harap esok (hari ini) ramai yang datang dengan jersi Malaysia, terutamanya warna biru,” kata Rajagobal ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam. Pada aksi bertemu Arsenal Rabu lalu, majoriti stadium dipenuhi peminat yang hadir dengan jersi merah dan tambah mengecewakan Rajagobal, anak-anak buahnya diejek setiap kali melakukan kesilapan.
“Bila Arsenal terlepas peluang, mereka tidak diejek tetapi bila kita buat silap, kena ejek. Mereka tak boleh nak banding pemain kita dengan pemain lawan. Arse- nal pun mampu tewaskan pasu- kan sehebat Barcelona. “Jadi saya sangat berharap warga Malaysia yang hadir ke stadium esok (hari ini) memberi sokongan padu kepada sku- ad negara sendiri,” tegas Raja- gobal.
Selepas sesi latihan petang semalam, Rajagobal mengesahkan dua pemainnya, Aidil Zafuan Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha tidak dapat diturunkan akibat kecederaan buku lali dan hamstring. “Saya sudah panggil dua pengganti iaitu Ismail Faruqi Ashari dan Izzaq Faris Ramlan semalam (kelmarin) dan akan mencuba mereka. Jika memuaskan, mereka mungkin diselit untuk skuad ke Singapura,” ujarnya.

01 June 2011

Isu rasuah: Aidil sedia kerjasama



Safee sali (tengah) bersama rakan sepasukannya dalam skuad negara pada pelancaran Liga Bola Sepak Komuniti Mizi Sports di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM - Pemain Negeri Sembilan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak sedia membantu pihak berkuasa jika betul dakwaan rasuah berlaku dalam pasukannya. Aidil, 23, mengakui dia amat malu jika perkara ini berlaku dalam pasukanya, malah dakwaan bahawa skuad Piala Presiden Negeri Sembilan terlibat mengatur perlawanan sudah cukup untuk mengguris hatinya.
"Saya tidak tahu keputusan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), saya tidak berani campur, sebaliknya menyerahkan segalanya kepada pihak atasan tetapi jika betul ia amat memalukan saya," katanya ketika ditemui media di Majlis Pelancaran Liga Komuniti MiziSports di sini, semalam.
Jelasnya, sebagai pemain yang lahir di Negeri Sembilan dia berasa amat malu jika rasuah berlaku dalam negerinya terutama sekali dalam sukan bola sepak, sedangkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) banyak membantu dari pelbagai aspek menaikkan bola sepak negeri.
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, saya bukan hendak menuduh rakan sepasukan ataupun mana-mana pemain, setakat ini biarlah pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut, jika ada yang terlibat ia perlu diselesaikan.
"Apa yang mampu saya lakukan ialah memberi kerjasama sebaik mungkin, tetapi saya rasa ia tidak wujud dalam skuad Liga Super, prestasi kami yang tidak konsisten pula berlaku tatkala gejala rasuah kembal diuar-uarkan berlaku," katanya.
Aidil juga bersedia untuk melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada pihak yang cuba untuk melibatkannya dalam gejala tersebut, malah dia juga tidak mahu duit haram menjadi darah daging kepada anak-anaknya.
"Prestasi skuad Negeri Sembilan yang kurang konsisten adalah disebabkan masalah kecederaan pemain utama, malah kami terpaksa mengguna khidmat pemain Piala Presiden untuk memantapkan pasukan.
"Kami akan bangkit semula pada saingan Piala Malaysia nanti dengan kebanyakan pemain yang cedera sudah sembuh, termasuk Zaquan Adha Abdul Radzak," kata Aidil yang sekarang ini menjalani latihan bersama skuad kebangsaan menjelang perlawanan persahabatan menentang Hong Kong Jumaat ini.
Kelmarin, SPRM telah menyatakan bahawa siasatan terhadap pemain skuad Piala Presiden Negeri Sembilan yang didakwa mengatur keputusan perlawanan kini telah hampir siap.
Menurut sumber, SPRM telah selesai mengambil keterangan daripada semua pihak yang diperlukan termasuk di peringkat pengurusan pasukan itu.

21 May 2011

Azraai hambur pujian keringat anak didik




SELEPAS tertekan dengan persembahan tidak konsisten anak buahnya, Mohd Azraai Khor Abdullah kembali lega apabila Negeri Sembilan meraih mata penuh dengan membenam Johor FC 2-1 dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kelmarin.

Kata pengendali itu, walaupun tidak dapat menurunkan barisan terbaik berikutan masalah kecederaan beberapa pemain utama, barisan yang ditampilkan kelmarin mampu memikul tugas dengan cemerlang selain bijak memanfaatkan peluang.
“Syukur, impian memungut tiga mata di halaman sendiri tercapai dan pujian berhak diberikan kepada setiap pemain yang berusaha keras sejak awal permainan terutama penjaga gol, Mohd Farizal Marlias yang menafikan sepakan penalti Shahrizal Mohd Saad.

“Kemenangan ini membolehkan kami memperbaiki kedudukan dalam liga dan berharap ia menyuntik semangat kepada pemain untuk terus bermain cemerlang pada perlawanan akan datang,” katanya.

Negeri Sembilan membuka tirai jaringan menerusi Shahurain Abu Samah pada minit ketujuh dan Shukor Adan (m-38) manakala Johor FC merapatkan jurang menerusi Mohd Riduwan Ma`on (m-51).

Bekas pengendali kebangsaan dan Kedah itu mengakui, strategi menggunakan gandingan Hairuddin Omar dan Shahurain menjadi apabila mereka dapat membolosi benteng lawan tetapi gandingan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Irwan Fadli Idrus di benteng pertahanan masih longgar.

“Apapun saya berpuas hati dan kami akan memperkemaskan lagi kekuatan menjelang pertemuan dengan Terengganu nanti,” katanya.

10 May 2011

Kelantan yakin ratah anak didik Azraai

KELANTAN harus mengutip mata penuh apabila menentang Negeri Sembilan di Paroi, malam ini andai berpandu kepada hakikat betapa perit cabaran tuan rumah yang bakal turun tanpa lapan pemain tonggak dalam saingan Liga Super.

Ketika Red Warriors mengejar mata untuk mengekalkan status pendahulu segala-galanya tampak memihak pasukan dari pantai Timur itu yang berada pada tahap terbaik dan Negeri Sembilan pimpinan Azraai Khor Abdullah perlu menggandakan usaha menyekat gempuran pelawat yang harus mengganas malam nanti.

Apapun, ketua jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu menganggap pertembungan dengan skuad Rusa di Stadium Tuanku Abdul Rahman bukan satu halangan mudah bagi mereka.

Sambil mengharapkan kerja keras anak buahnya, pengendali yang membantu Kelantan menjuarai Piala Sumbangsih, awal musim ini tidak memandang mudah keupayaan tuan rumah.

“Walaupun aksi Negeri Sembilan tidak begitu konsisten tetapi mereka ada ramai pemain berpengalaman dan kebolehan mereka tidak boleh dipandang mudah.
“Saya tetap menjangkakan saingan sengit dari lawan nanti, apa lagi beraksi di halaman sendiri,” katanya, semalam.

Azraai jelas gelisah apabila menyuarakan pemain dalam senarai kecederaan itu termasuk penyerang, Hairuddin Omar, Ahmad Fakhri Saarani, Mohd Firdaus Azizul dan pemain tengah, G Mahathevan.
Tanpa banyak pilihan dia terpaksa bergantung kepada beberapa pemain senior, antaranya Mohd Shukor Adan, Shahurain Abu Samah, S Kunalan, Qairul Anwar Roslani dan Irwan Fadli Idrus.

“Saya juga akan menurunkan beberapa pemain muda dari skuad Piala Presiden dalam usaha menguatkan lagi kekuatan jentera pasukan kerana kita menyedari tanggungjawab berat bakal dihadapi berikutan reputasi Kelantan yang membariskan ramai berwibawa,” katanya.

Negeri Sembilan vs Kelantan

Karathu: N. Sembilan ada kelebihan

KOTA BHARU - Berbekalkan rekod tanpa kalah, peneraju Liga Super, The Red Warriors akan berkunjung ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini bertemu Negeri Sembilan.

Bertandang ke gelanggang lawan bukanlah satu tugas yang mudah buat barisan bimbingan Datuk M. Karathu untuk menjinakkan tuan rumah biarkan dimalukan Sabah 0-2 sebelum ini.

Selain berusaha mendapatkan tiga mata, The Red Warriors pastinya mahu meneruskan rentak kemenangan dalam usaha mengukuhkan cengkaman di puncak liga.

Karathu mengakui pertembungan dengan Negeri Sembilan bukan sesuatu yang mudah.

"Bermain di tempat lawan, kita kena pamer satu semangat yang tinggi, mereka pasti akan turun bermati-matian selepas kecundang dengan Sabah tempoh hari. Menewaskan Kelantan adalah impian setiap pasukan, jadi kita tidak boleh ambil mudah dalam perlawanan malam esok (hari ini).

"Apa yang penting, kita kena kekalkan momentum kemenangan, menang di tempat lawan adalah satu motivasi yang baik buat Kelantan. Beraksi di tempat lawan kita baru menang sekali, itupun ketika menewaskan Johor FC, saya harap kita boleh menang. Menang dengan Negeri Sembilan adalah tonik baik buat kita sebelum bertemu Selangor dalam Piala FA," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.

03 May 2011

Azraai resah lapan tonggak skuad NS cedera

Oleh Mohd Amin Jalil

2011/05/03
NEGERI Sembilan yang menanti kunjungan Perak dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi malam ini, berdepan tugas berat apabila tidak dapat menurunkan barisan terbaik susulan beberapa kecederaan pemain.

Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah yang mengesahkan perkembangan itu berkata, sekurang-kurangnya lapan pemain tidak dapat diturunkan termasuk perancang tengah Idris Karim dan dua penyerang utama, Hairuddin Omar dan Ahmad Fakhri Saarani, selain Ahmad Aminuddin Shaharuddin, Tengku Qaiyum Ubadilllah dan Abdul Halim Zainal.
Sehubungan itu, dia terpaksa menyandarkan harapan kepada penyerang muda Mohd Firdaus Azizul, Mohd Shaffik Abd Rahman dan dua pemain skuad Piala Presiden, Mohd Fiqri Adwan dan Mohd Khairul Ridzuan, untuk menerajui barisan depan.
“Persiapan bertemu Perak malam esok (malam ini) terjejas kerana lapan pemain utama tidak dapat beraksi dan saya terpaksa menggunakan khidmat pemain muda skuad Piala Presiden.

“Kehadiran Asmawi Hassan dalam pasukan juga diragui kerana dia belum mencapai tahap kecergasan tinggi tetapi dia masih berada dalam perancangan saya.

“Apa yang saya harapkan ialah pemain senior seperti Shukor Adan, Shahurain Abu Samah dan S Kunalan dapat memainkan peranan lebih berkesan untuk menggerakkan permainan pasukan dan memastikan kelebihan di halaman sendiri tidak disia-siakan,” katanya semalam.

Menurut Azraai, dia tidak mahu pasukan yang mula dibimbing 22 Mac lalu, dilabelkan sebagai pakar seri selepas mengutip satu mata hasil pertemuan dengan Harimau Muda A dan terbaru FELDA United FC.
“Saya berharap pemain tidak merendah diri atau terlalu menghormati lawan, sebaliknya perlu fokus sepanjang 90 minit permainan dan berusaha mencipta peluang diterjemah kepada jaringan. Kelebihan tempat sendiri ini perlu dimanfaatkan dengan tiga mata penuh,” katanya.

30 April 2011

Felda United Vs Negeri Sembilan

Felda United Vs Negeri Sembilan

Std Cheras, kuala Lumpur

8.45 mlm

Sejauh mana kemampuan Skuad Negeri Sembilan pada malam ini, sesungguhnya penyokong mengharapkan kemenangan agar dapat memperbaiki kedudukan carta liga yang agak kebawah sekarang ini.

Dengan kebijaksanaan AK-9 dalam mengatur startegi diharap membuahkan hasil. Pemain muda seperti Jibam dan Kidal perlukan lebih banyak lagi perlawanan agar cepat matang.

Tetapi kemunculan Hasmawi Hasan belum menampakan lagi impak kepada pasukan. Semoga Beliau dapat memberi sesuatu yang bermakna bagi pasukan Negeri Sembilan.

Jom kita ke Stadium Cheras pada malam ini, sokongan penyokong setia sentiasa ditagih.

25 April 2011

Azraai lega impian menang tercapai

PEMAIN Negeri Sembilan, Mohd Khairul Ridzwan (tengah) cuba melepasi dua pemain Pahang di Paroi, kelmarin.
PEMAIN Negeri Sembilan, Mohd Khairul Ridzwan (tengah) cuba melepasi dua pemain Pahang di Paroi, kelmarin.
KETUA jurulatih Negeri sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah harus dapat menarik nafas lega ketika ini apabila impiannya menyaksikan anak didik mencipta kemenangan pertama di bawah bimbingannya sejak 22 Mac lalu kini tercapai.

“Alhamdulillah, akhirnya impian saya tercapai selepas pasukan dilanda pelbagai masalah kecederaan dan penggantungan.
“Congakan secara drastik mempertaruhkan tiga pemain muda, Mohd Fiqri Adwan, Mohd Khairul Ridzuan dan Muszaki Abu Bakar nyata tidak menghampakan.
“Anak muda ini menunjukkan semangat juang tinggi dan berjaya memainkan peranan berkesan mengikuti arahan diberi seperti strategi direncanakan, hingga membantu kepada kemenangan penting ini,” katanya selepas perlawanan, kelmarin.

Selain penyerang, Hairuddin Omar dan Idris Karim (tengah) yang tidak diturunkan kerana penggantungan, Ahmad Fakhri Saarani (penyerang), S Kunalan (tengah) dan Mohd Farizal Marlias (penjaga gol), turut berada di bangku simpanan - suatu tindakan berani Azraai, namun tindakan itu nyata membuahkan hasil memuaskan.

Azraai turut mengesahkan bekas penyerang Kedah dan Felda United FC, Asmawi Hassan sudah menyertai Negeri Sembilan bermula Jumaat lalu. Kehadirannya diharap dapat membantu meningkatkan lagi kemantapan jentera serangan pasukan diterajui Hairuddin dan Ahmad Fakhri.

“Saya harap kehadiran Asmawi dapat membantu menguatkan lagi barisan depan pasukan dan misi kita mencatat kemenangan sebanyak mungkin pada pusingan kedua liga ini,” katanya.

Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
2011/04/25

21 April 2011

Sepak Bola F.A.M: kehadiran ultras dirasai

Sepak Bola F.A.M: kehadiran ultras dirasai: "Selepas mendapat keputusan seri dengan Pahang malam semalam, coach pasukan Negeri Sembilan, Azraai Khor mengucapkan terima kasih kepada Ultr..."

19 April 2011

Presiden PBNS turun padang 'cari masalah'

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI


KESEBELASAN utama Negeri Sembilan gagal memberikan impak sejak kempen Liga Super musim ini bermula.


PERSATUAN Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) akan melakukan post-mortem bagi mengenal pasti masalah yang melanda sku- ad Hoben Jang Hoben yang kini menghuni kelompok bawahan Liga Super.
Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan mencari masalah yang melanda pasukan itu yang mencatatkan tujuh kekalahan dalam 12 perlawanan sebelum ini.
Katanya, prestasi buruk itu tidak se- patutnya berlaku memandangkan Negeri Sembilan dibarisi beberapa pemain kebangsaan dan berpengalaman.
"Saya pun tidak tahu apa sebabnya, kita telah melakukan beberapa perubahan termasuk menukar jurulatih, namun masalah ini belum dapat diselesaikan.
"Walaupun bermula dengan cemerlang ketika awal musim tetapi prestasi pasukan terus menjunam dan mencatatkan kekalahan demi kekalahan," kata Mohamad dalam satu sidang media di Seremban semalam.
Mohamad yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua pemain dan pihak pengurusan bagi mengenal pasti masalah yang melanda skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu.
"Saya akan berjumpa dengan bebe- rapa pemain senior termasuk pemain junior dan saya hendak tahu apa sebe- narnya yang berlaku.
"Prestasi buruk sebegini tidak sepatutnya berterusan kerana di atas kertas kita mempunyai pemain berkaliber dan rekod yang cemerlang," ujarnya.
Tambahnya, beliau tidak mahu lagi menuding jari kepada sesiapa dan akan mencari formula terbaik selepas bertemu dengan barisan pemain dan pihak pengurusan pasukan.
"Saya yakin kita mampu membaiki prestasi pasukan sekiaranya masalah ini dapat diatasi kerana kita mempu- nyai barisan pemain yang baik.
"Jadi, mesti ada sesuatu yang tidak kena. Saya akan cuba untuk berjumpa dengan pemain dan kalau didapati ada masalah dalam pasukan, kita akan cuba selesaikan masalah dalaman ini," tegasnya.

14 April 2011

Bukan Faliq yang kata tapi kami Ultras No9ori yang kata..

Sebelum perlawanan menentang Kedah kami amat berharap sekali segala-galanya akan berubah. kami mahu kemenangan keatas Kedah kerana ia adalah semangat bagi kami. Tetapi malangnya keputusan di scoreboard tidak langsung menyebelahi pasukan Negeri, Negeri kalah lagi.

Bukan dipaksa oleh sesiapa, kami ke pintu masuk grandstand dengan sukarela. Tujuan kami bagi meluahkan perasaan kecewa tanpa membuat kacau. Kami mahu tujukan perasaan kecewa tersebut kepada keseluruhan pasukan, pegawai dan semua yang terlibat didalam pasukan Negeri Sembilan.

Harapan kami agar mereka sedar yang kami ni bukan lah penyokong membuta tuli sahaja, kami mahukan perubahan. Kami mahukan mereka bertambah semangat dan bukan menghancurkan semangat mereka. Kami mahu setiap kali mereka berjuang diatas padang, mereka akan berjuang berhabis-habisan dan mereka perlu sedar yang mereka mewakili semangat berjuta-juta rakyat negeri sembilan.

Semoga selepas ini semua yang terlibat mengambil iktibar, kami dari Ultras No9ori tetap akan menyokong pasukan negeri sembilan.

10 April 2011

HARAPAN PENYOKONG

Skuad bolasepak NEGERI SEMBILAN kini masih lagi dalam keadaan terumbang - ambing apabila belum lagi berjaya memenangi mana-mana perlawanan biarpun di bawah kendalian jurulatih baru Azrai Khor. Hari ini sumber BOLASEPAK MALAYSIA telah membuat ulasan berkenaan dengan situasi ini.

"Sehingga perlawanan ketiga Azzrai Khor masih belum mampu lagi menghadiahkan sebarang kemenangan buat pasukan barunya. Seri 2 kali serta kalah sekali bukanlah sesuatu keputusan yang bagus. Namun dalam 3 perlawanan ini dapat dilihat Azzrai masih lagi didalam proses untuk mengenal pemain. Banyak pertukaran posisi yang dilakukannya termasuk memanggil pemain dari skuad Piala Presiden. Selasa ini, pertemuan N.Sembilan menentang Kedah pastinya satu lagi ujian yang getir buat Azzrai serta N.Sembilan. Tambahan lagi terdapat ura-ura Wan Jamak akan kembali ke Paroi tetapi sebagai jurulatih Kedah."

Sehubungan dengan itu kami para penyokong amat mengharapkan agar perlawanan menentang KEDAH Selasa ini dapat membuahkan hasil dan para pemain juga diharapkan mampu mempamerkan aksi-aksi cemerlang mereka. Jangan biarkan para penyokong kecewa lagi. Walaubagaimanapun, kami tetap akan terus memberikan sokongan.

Jadi, jangan tunggu lagi. Jangan segan silu. Bertemu kita di KONA 4C, Selasa 12hb April ini.
"Menang kalah kami tetap disini"

P/s : Tunggu dan lihat .

06 April 2011

Kalah lagi..

Camne rasanya kemenangan, dah hampir terlupa kami di Ultras No9ori ni cara meraikan kemenangan. Hanya kesedihan akibat kekalahan sahaja yang menghantui diri kami apabila melangkah keluar dari Stadium. Langkah semakin longlai meniti anak tangga untuk turun dari KONA4C.

Kenapa sekarang skuad yang diawal musim mampu menggegar piala-piala yang menjadi taruhan menjadi skuad belasahan.. Apakah rahsia disebalik segala keaiban yang berlaku sekarang ini.

Kehadiran AK-9 ke Negeri Sembilan diharap dapat merubah situasi tetapi agak malang apabila beliau terpaksa pula bermula dengan musim kegelapan. Dua perlawanan mungkin tidak sesuai dijadikan rujukan untuk menilai sejauh mana kemampuan Beliau mengendalikan Pasukan Negeri Sembilan ini.

Jangan disangka kami dari Ultras No9ori ini menyokong membuta tuli kerana falsafah kami "Menang kalah kami tetap disini". Kami juga pasti akan bertindak jika didapati sesuatu unsur yang tidak sihat menular kedalam Pasukan Negeri Sembilan.

Perlawanan selepas ini iaitu menentang Johor Fc dan Kedah wajar dijadikan pemangkin oleh pemain serta pegawai Pasukan Negeri Sembilan mengembalikan semula keyakinan para penyokong yang nampak sudah mengendur sekarang ini. Sebelum sesuatu yang tak sedap didengar atau dilihat ada lebih baiknya semua yang terlibat didalam Pasukan Negeri Sembilan bekerja keras memperbaiki semula mutu persembahan.

"Hidup Mati Ku Neee Geee Riii"

05 April 2011

NEGERI sEMBILAN vS kUALA LUMPUR

Perlawanan menebus maruah, perlawanan yang wajib dimenangi oleh anak-anak buah AK-9. Kenangan pahit disingkirkan oleh skuad Kuala Lumpur dalam saingan Piala F.A masih segar diingatan penyokong. Kedudukan Negeri Sembilan di Liga kini perlu diperbaiki, Kuala Lumpur perlu diratah.



Luangkan masa anda untuk bersama-sama dengan kami di KONA4C. Ultras No9ori sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.

01 April 2011

Negeri Sembilan Vs Terengganu

Lama sudah kita berehat, Lama sudah tak mandi peluh di KONA4c, Sabtu ini gegarkan kembali gelanggang kita. Pertemuan kali ini menentang Terengganu Fc, pastikan penyu balik dengan tangisan. Dengan sorakan, dengan tepukan , dengan chants dan dengan jeritan seribu harapan keatas skuad Negeri Sembilan agar memenangi perlawanan tersebut. Jangan jadikan Stadium paroi membisu seribu bahasa.. ayuh gempur semua.. pastikan stadium paroi kembali bergema..




Harga tiket hanya RM8 je, murah kalau dibandingkan dengan stadium yang lain di Malaysia ni, sedangkan rokok berharga RM10 tu mampu dibeli setiap hari. Berkorbanlah untuk Negeri Sembilan, tak perlulah dipertikaikan keputusan kerana MARUAH lebih penting dari segala-galanya.

26 March 2011

Ultras Malaya gegar Temasik!!

Malaysia Vs Etoile FC... Siri perlawanan persahabatan.

Perlawanan tersebut bakal diadakan pada malam ini di Stadium Jalan Besar, Singapura. Astro Arena akan menyiarkan siaran langsung, waktu perlawanan adalah pada jam 8.00 malam.

Seramai hampir 40 orang penyokong dari Ultras Malaya akan berada didalam stadium malam ini bagi menyokong pasukan malaysia ( Harimau Malaya). Tanpa dibiayai oleh mana-mana pihak, sanggup mengeluarkan wang sendiri, mereka dengan penuh bersemangat akan mengharungi perjalanan ke Singapura iaitu jam 8.30 pagi ini. Wakil daripada Ultras No9ori seramai 6 orang yang akan mengikuti perjalanan tersebut.

Kami mendoakan agar perjalanan mereka dirahmati Allah s.w.t. Semoga selamat sampai dan selamat kembali tanpa sebarang masalah di tempat orang.

Kami juga yakin yang Skuad Negara Kita ( Harimau Malaya ) akan mudah menjinakan pasukan kelab tersebut. Auuummm.. Auuumm... Auuummm.... Harimau Malaya selamanya!!!

*dipelawa kepada semua penyokong Malaysia agar dapat berkumpul di Restoren Hakim di seksyen 7 shah Alam malam ini untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan tersebut.

24 March 2011

AK-9 Senjata Baru Negeri Sembilan.

Bagi yang tidak mengenali apa itu AK-9 ia adalah nama jolokan bagi pengendali baru skuad Negeri Sembilan iaitu Azrai Khor. Beliau kini yang sah menjadi jurulatih Negeri Sembilan telah menandatangani kontrak selama 2 tahun.

Ultras No9ori akan menyokong sepenuhnya AK-9 sama ada jatuh atau bangun, selagi Ia mampu bertahan dengan hal-hal berkaitan bolasepak Negeri Sembilan. Ultras No9ori juga percaya yang Beliau akan membawa kejayaan kepada skuad Negeri Sembilan kelak.

AK-9 telah pun mengadakan pertemuan secara terbuka dengan Anggota-anggota Ultras No9ori baru-baru ini. Beliau juga menyokong gerakan sokongan dari Ultras No9ori serta berharap lebih ramai lagi yang menyertai Ultras No9ori kelak.

Semoga dengan kehadiran AK-9 mampu memperbaiki kedudukan Negeri Sembilan di carta liga super dan yang penting sekali merampas kembali Piala Malaysia.

*antara gambar Ultras No9ori bersama AK-9










21 March 2011

SELAMAT DATANG AZRAI KHOR !!


Kerunsingan yang selama ini bermain di benak fikiran penyokong2 skuad Hobin Jang Hobin untuk mengetahui siapakah yang bakal menggantikan WAN JAMAK terjawab apabila PBNS memperkenalkan jurulatih baru kita hari ini iaitu AZRAI KHOR ABDULLAH. Beliau yang sebelum ini memegang mandat sebagai jurulatih Skuad Kenari dengan berbesar hatinya telah bersedia untuk menggalas tanggungjawab mengendalikan pasukan Negeri Sembilan bagi meneruskan misi Liga Malaysia dan Piala Malaysia musim ini. Katanya di dalam salah satu komen beliau di FB baru-baru ini, beliau tergerak hati untuk memimpin skuan Hobin JAng Hobin ini apabila melihat sikap N9 yang begitu serious untuk memulihkan keadaan dalam pasukan N9 ini.
Semoga kehadiran AK-9 ini dapat menberi suntikan baru kepada para pemain seklaigus dapat meneruskan misi N9 untuk mencapai misi piala seterusnya selepas kegagalan mengekalkan Piala FA. Kata orang, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadi, marilah kita sama-sama berdoa untuk kejayaan skuad kesayangan kita ini di bawah kepimpinan jurulatih baru AZRAI KHOR ABDULLAH..

18 March 2011

Wan Jamak... Terima kasih!!

Wan Jamak.. Anda dJurulatih dan anda juga adalah legend. Kejayaan merangkul Piala Malaysia pada tahun 2009 akan dikenang hingga ke anak cucu. Nama anda telah pun terpahat, sejarah tidak mungkin diubah. Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..

Anda meletak jawatan bukan sebagai seorang yang penakut, anda bertanggung jawap. Anda telah melakukan sesuatu untuk kebaikan, anda bukan jenis orang yang "melempar batu kemudian sorok tangan". Anda juga bukan lah seorang yang melakukan sesuatu sekadar "melepas batuk di tangga".

Apa pun yang tertulis dan apa juga yg disampaikan hanya anda sahaja yang tahu punca dan sebabnya. Kebenaran pasti akan terungkai juga, pekung didada akan terdedah jua akhirnya.

Wan Jamak sekali lagi ucapan terima kasih dari kami Ultras No9ori. Semoga anda akan mendapat peluang bersama pasukan lain yang jauh lebih baik dimasa akan datang. Selamat jalan Wan jamak.

16 March 2011

Lawan Harimau Malaya cuma berstatus kelab?


KUALA LUMPUR - Harapan peminat untuk menyaksikan perlawanan persahabatan berkelas A melibatkan skuad Harimau Malaya tipis, apabila difahamkan skuad negara hanya akan menentang sebuah pasukan berstatus kelab dari Asia Tenggara.
Ketika ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan sedang menunggu jawapan daripada skuad kebangsaan Oman terlebih dahulu.
Namun kemungkinan untuk aksi persahabatan itu diadakan amat tipis, kerana berdasarkan semakan Utusan Malaysia dalam laman web www.fifa.com, pasukan dari Asia Barat itu telahpun bersetuju untuk mengadakan perlawanan dengan Tunisia pada 29 Mac di Muscat.
Mungkin masih ada ruang buat Oman untuk menerima kunjungan Malaysia di sana dan mengadakan perlawanan pada 26 Mac, iaitu tiga hari sebelum perlawanan dengan Tunisia, namun ia agak mustahil.
Sehubungan itu, pertemuan dengan pasukan berstatus kelab mungkin menjadi pilihan terakhir buat FAM, ekoran masa yang semakin suntuk memandangkan perlawanan persahabatan yang dirancang hanya tinggal 10 hari sahaja.
Sebelum ini, FAM mengesahkan telah menghantar jemputan kepada Iran, Oman dan Jordan namun Iran serta Jordan telah menolak permintaan Malaysia.
Selain itu, India dan Taiwan juga tidak dapat memberikan komitmen selepas sudah mengesahkan penyertaan mereka dalam Piala Cabaran AFC.
Apa yang pasti, skuad kendalian K. Rajagobal berdepan kerugian besar kerana tidak dapat bertemu pasukan berkelas A yang boleh membantu skuad negara memperbaiki kedudukan ranking FIFA, jika mencapai kemenangan.
Perlawanan bertemu sebuah pasukan kelab itu nanti mungkin akan sekadar menjadi perlawanan pemanas badan buat Harimau Malaya dan berkemungkinan besar ranking negara akan mengalami sedikit kejatuhan pada bulan April depan.

Sumber: Utusan Malaysia

15 March 2011

No9oriHotts

Wah, penyokong dari golongan gurls pun tak mahu ketinggalan. Dah ada pula No9oriHotts ya, tahniah gua ucapkan semoga anda memeriahkan lagi KONA4C.

Dari maklumat yang diperolehi dari anggota No9oriHotts ini ada mengatakan yang kini golongan gurls bukan menyokong bola setakat minat kat player yang hensem je tetapi kini mereka juga mahu hak mereka sebagai penyokong setia pasukan Negeri. Ini baru lah ngam, barulah ada perubahan. Mereka juga telah pun bersama-sama dengan Ultras No9ori sejak dari awal lagi iaitu semasa perlawanan pertama menentang Harimau Muda A.









14 March 2011

Puaka!!!

Kalau lemah semangat janganlah sesekali mencuba untuk memanjat tangga menuju ke kona4c kerana tempat tersebut hanya untuk golongan yang cekal, berani dan mempunyai semangat yang tinggi sahaja. Jika tidak nanti anda akan dirasuk, tidur malam anda sentiasa diganggu dengan bunyi chants, pemandangan anda akan dikaburi dengan cahaya flaire dan tangan anda sentiasa menghayun ke kiri dan ke kanan seolah-olah sedang mengibar-ngibarkan bendera. Anda juga mungkin akan menjadikan kerbau sebagai binatang peliharaan dirumah. Mungkin juga anda sebelum ini tidak suka menyanyi tetapi setelah terkena sampukan puaka tersebut anda akan sentiasa menyanyi dimana-mana sahaja tanpa segan dan silu.

Inilah aura tarikan KONA4C, sekali anda merasai auranya sampai bila-bila anda akan setia bersama. Sekali anda gagal hadirkan diri ke KONA4C bersama Ultras No9ori akan wujud perasaan hiba, sedih dan pilu serta segan kepada diri sendiri. Anda akan merasa cemburu teramat sangat melihat rakan-rakan anda "memancut-mancut" diatas sana. Akan wujud juga perasaan setia dan wujud juga perasaan sayang kepada KONA4C.

Begitu kuat aura puaka tersebut kerana bilangan yang menjejakan kaki ke KONA4C bertambah ramai. Kekuatan KONA4C kini semakin bertambah, Suara dari KONA4C kini boleh menggegar stadium Paroi. Terima kasih buat yang sudah menjejakan kaki di KONA4C dan kami mengalu-alukan kehadiran sahabat-sahabat yang lain bersama kami.

Harapan selepas ini bukan hanya KONA4C sahaja yg ada puaka tetapi keseluruhan Stadium Paroi akan berpuaka, musuhnya akan menjadi ketakutan apabila mendengar nama stadium paroi ini dan apabila melangkah masuk ke dalam stadium mereka akan merasa diri mereka itu bukan didunia yang sebenar. Diri musuh juga akan dirasuk dengan perasaan takut kepada bayang-bayang sendiri, gerak langkah setiap musuh menjadi sumbang.

~Mampukah kita mencapainya, mampukah kita menjadikan Stadium Tuanku Abd Rahman Paroi sebagai stadium berpuaka kerana stadium ini sekarang bukan lagi stadium keramat bagi skuad negeri sembilan?

Negeri Sembilan masih belum temui sentuhan kemenangan.

March 13, 2011 by mail  
Filed under BOLA SEPAK NSNews1
PAROI: 12 March – Negeri Sembilan hanya mampu bertahan sehingga separuh masa pertama sahaja  mendahului Selangor  setelah memperolehi sepakan penalti pada minit ke 10 yang disempurnakan oleh Shahurain Abu Samah.
Negeri Sembilan  berjaya menguasai permainan pada separuh masa yang pertama namun hampa apabila  cubaan untuk mendapatkan  gol banyak dipersiakan oleh penyerang  Negeri Sembilan.
Pada separuh masa yang kedua Selangor nampak lebih agresif dan mantap permainan mereka. Barisan serangan Selangor bertambah agresif dan pada minit yang ke 10 separuh masa yang pertama , Mohd Amri Yahya  berjaya  merobek gawang Selangor dan kedudukan menjadi 1 – 1.
Kedua dua pasukan saling berbalas  serangan, Selangor berjaya menjaringkan gol yang kedua di minit ke 34 separuh masa kedua dan kedudukan ini kekal Negeri Sembilan 2 – 1 Selangor sehingga tamat permainan.
SUMBER ARTIKEL: 

09 March 2011

Kelebihan memihak Malaysia

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN


PENJARING gol pasukan negara pada perlawanan pertama, Wan Zaharulnizam atau Kecik menjadi antara pemain pilihan Ong Kim Swee pada aksi kedua kelayakan Olimpik menentang Pakistan di Lahore, hari ini.


KUALA LUMPUR – Jika prestasi perlawanan pertama di Shah Alam dijadikan penilaian, skuad negara memiliki segala ramuan yang diperlukan untuk memenangi perlawanan kedua kelayakan Olimpik menentang Pakistan di Lahore, hari ini.
Kualiti teknikal yang ada pada pemain dan kepantasan melakukan serangan balas merupakan dua senjata utama yang boleh memadamkan keazaman tinggi Pakistan yang berhajat memadam defisit dua gol yang dibawa Malaysia ke Lahore.
Cuma suhu sejuk di Lahore mungkin merencatkan sedikit gerakan anak-anak buah Ong Kim Swee serta keadaan permukaan padang di stadium yang masih menjadi tanda tanya.
Namun, masalah itu pantas dinafikan oleh jurulatih berasal dari Melaka itu.
“Pemain saya boleh membiasakan diri dalam apa jua keadaan cuaca kerana hampir mereka semua pernah beraksi di Slovakia, yang suhunya jauh lebih sejuk, cuaca sejuk di Lahore bukan masalah.
“Mengenai permukaan padang, saya masih belum pasti kerana belum berpeluang melakukan tinjauan kerana jadual latihan agak lewat iaitu pada pukul 8 malam (11 malam waktu Malaysia), tetapi saya bersedia menerima apa jua kemungkinan.
‘‘Selain itu, walaupun berdepan kawalan keselamatan yang ketat di sini sehingga tidak dibenarkan keluar secara bersendirian, ia tidak mengganggu tumpuan serta mental para pemain bagi menghadapi perlawanan esok,’’ katanya ketika dihubungi semalam.
Malaysia yang mendahului 2-0 secara agregat melalui jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohd. Irfan Fazail pada perlawanan pertama, kemungkinan akan menyandarkan harapan kepada Ahmad Fakri Saarani sebagai penyerang tunggal dengan Kim Swee meletakkan lima pemain di bahagian tengah dengan formasi 4-2-3-1.
Irfan kemungkinan akan menjadi pembantu penyerang kepada Fakri sambil dibantu Mohd. Fandi Othman atau Syahrul Azwari dan Wan Zaharulnizam yang lebih dikenali sebagai Kecik di bahagian sayap manakala K. Gurusamy dan S. Sivanesan mengemudi bahagian tengah.
Sementara itu, buat para pemain muda negara, kata-kata semangat Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah harus dijadikan panduan yang mahukan skuad Olimpik Malaysia mara ke pusingan kedua.
‘‘Kita sebenarnya bermain dengan baik semasa di sini cuma nasib sahaja yang tidak menyebelahi kita. Saya yakin kita mampu menang di Pakistan dan mara ke pusingan seterusnya, ” ujarnya.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pula berharap para pemain menjaringkan gol awal bagi menutup ruang kepada lawan untuk bangkit sebagaimana ditunjukkan oleh pasukan senior pada Piala AFF ketika berdepan Indonesia pada perlawanan akhir timbal balik kedua di Jakarta.

Artikel dari: Utusan Malaysia

Rumah dah siap, pahat masih berbunyi.

Diawal musim skuad Negeri Sembilan dianggap sebagai pencabar utama untuk 3 piala yang dipertandingan. Dengan dibarisi pemain muda dan pemain berpengalaman tidak mustahil skuad Negeri Sembilan ini mampu merangkul kesemua piala tersebut. Kini kesemuanya dianggap sebagai angan-angan mat jenin, 1 piala dah terlepas dari genggaman setelah tewas mengejut penerusi sepakan penalti kepada skuad Kuala Lumpur.

Pelbagai andaian telah dibuat, semua yang terlibat terkena tempiasnya. Penyokong kini mula bersuara, maka mula lah nampak dimana cacatnya skuad yang dibentuk tersebut. Bukan kerana marah dan benci tetapi kerana sayangkan pasukan maka penyokong berhak bersuara. Sesuatu tindakan perlu diambil bagi mencari apa sebab dan apa punca sebenar kejatuhan skuad negeri sembilan ini.

Diharap pihak PBNS dapat menyelesaikan segala kekusutan agar skuad negeri sembilan ini menunjukan perubahan yang positif didalam perlawanan yang akan datang. Masih banyak lagi perlawanan yang akan ditempuhi dan diharap kemenangan demi kemenangan untuk mengubah kedudukan carta liga 2011.

06 March 2011

Kecewa!!

Tak dapat gua nak kata apa dan tak dapat gua nak karang blog. Gua sunggul, badan jadi lesu dan tak bermaya. Keletihan sangat terasa. Inilah nikmat kekalahan. Kekalahan memang menyakitkan, begitu pedih sehingga seluruh tubuh menjadi lemah.

Lupakan saingan Piala FA kerana skuad Negeri Sembilan sudah terkeluar. Oh! mengapa semua ini berlaku, dimana salah dan silapnya sehingga menjunam teruk persembahan skuad "Real Madrid" ini. Apakah yang boleh gua buat sebagai penyokong?

Kekalahan ini membuatkan  gua akan lebih bersemangat di stadium, kekalahan ini akan membuatkan gua akan mengeluarkan sehabis tenaga yang gua ada unuk terus berdiri dan menyanyi di KONA4C. Gua akan tetap ke Stadium, gua akan tetap dengan pendirian gua sebagai penyokong.

Gua anak jati Negeri Sembilan, no ic gua xxxxxx-05-xxxx yang bermakna tanah tumpahnya darah gua adalah di Negeri Sembilan. Siapa lagi yang akan memperjuangkan dan menyokong Skuad Negeri Sembilan kalau bukan anak jatinya sendiri.

Tak peduli apa orang nak kata..
tak peduli walau bukan juara...

Ayuh rakan-rakan, perjuangan belum selesai. Kalau bukan tahun ini nasib menyebelahi Skuad Negeri Sembilan dalam saingan piala fa jadikan tahun hadapan sebagai sasaran. Masih ada dua piala jadi taruhan.

Barang yang lepas..
hai jangan lah dikenang..
kalau dikenang..
hai.. meracunlah diri..


04 March 2011

Pusingan ke-2 Piala FA.


Kalau di atas kertas memang Negeri mudah sahaja nak melepasi pusingan ini tetapi dalam bolasepak tiada yang mustahil. Moral pemain Negeri sekarang ni mungkin merundum akibat kekalahan. Ini lah masanya bagi penyokong setia dan penyokong yang kata mereka setia memenuhkan setiap inchi stadium bagi menyokong pasukan Negeri  agar kemenangan berpihak kepada pasukan kita. Cukuplah jadi "Juruletih" yang asyik bagi komen yang itu salah dan yang ini tak kena di alam cyber ini.


Jumpa kami di kona4c..
Bumi ku pijak Nogori Sembilan ku junjung..

03 March 2011

Sumpah... Gua jeles!!

Gua tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi gua betul-betul jeles dengan penyokong kelantan.  Gua berada kat sana seperti gua ini berada di planet yang lain. Dasyat sungguh penyokong mereka, penuh stadium ibarat final pula. Hampir 30k penyokong dengan lautan merah, susah nak dapat sebegitu kalau setakat liga super di stadium negeri-negeri yang lain di Malaysia ni termasuklah di Paroi. Itu pun diluar Stadium masih ada penyokong yang gagal memasuki stadium kerana kehabisan tiket.

Gua tak sangka pula dalam bilangan sebegitu ramai masih ada yang prihatin dengan kehadiran Ultras No9ori. Walaupun kehadiran disambut dengan cacian dan lontaran objek tetapi masih ada penyokong mereka yang sanggup membuat perisai manusia bagi menghalang objek yang dilemparkan mengenai angota-angota Ultras No9ori yang berada disana.

Kecekapan pihak KAFA juga tak boleh dipertikaikan, mereka segera bertindak memindahkan angota Ultras No9ori ke dalam terowong sebaik perlawanan ditamatkan bagi mengelakan sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku. Lagi gua bertambah jeles sebab  anggota Ultras No9ori dipertemukan dengan Tan Sri Anuar Musa iaitu Presiden KAFA, sempat juga beliau beramah mesra dengan anggota Ultras No9ori.

Gua lagi bertambah jeles apabila anggota Ultras No9ori sempat chants dengan pemain-pemain Negeri Sembilan didalam bangunan grandstand tersebut. Selepas itu mereka dikawal dengan ketat oleh pihak stadium, pihak KAFA dan juga unit FRU untuk keluar dari stadium dengan menaiki bas.

Untuk menambah dan menambahkan lagi jeles gua, apabila Ultras No9ori berada dihadapan hotel penginapan pemain negeri sembilan hadir pula Ultras kelantan disana. Ultras No9ori dan Ultras Kelantan sempat chants dihadapan hotel tersebut dengan wajah penuh keriangan.


Didalam stadium


bersama Tan Sri Anuar Musa


Chants bersama Ultras Kelantan.


~Bilalah dapat merasa kemeriahan di Paroi dengan lautan penyokong di setiap sudut?




02 March 2011

ULTRAS kian mendapat perhatian.

sumber : UTUSAN MALAYSIA ONLINE

"Ditubuhkan pada 2007, Ultras Malaya mencetuskan satu fenomena baru dalam kancah bola sepak tempatan, malah perlawanan yang melibatkan negeri ataupun kelab di Liga Malaysia turut dihadiri Ultras (mengikut negeri masing-masing).

Berlandaskan sokongan sepanjang zaman, Ultras Malaya menerapkan kepada masyarakat bahawa menghadirkan diri ke stadium bukan setakat duduk dan menyaksikan perlawanan sambil makan kuaci sahaja, tetapi menjadi pemain 'ke-12'. Ia juga tidak mahu hanya dikenali sebagai 'penyokong lalang', sebaliknya mereka akan tetap berdiri teguh di belakang pasukan kebangsaan tidak kira pada zaman kejatuhan ataupun tewas dalam mana-mana perlawanan.

Tanpa kita sedari, Ultras Malaya mengajar masyarakat untuk menjadi seorang setia, rajin, berdisiplin, bersatu padu dan sentiasa berjuang memburu kejayaan. Mungkin ada di antara kita yang masih belum dapat menerimanya tetapi percayalah ini adalah untuk kebaikan sukan di Malaysia, bola sepak secara amnya.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa sejarah telah dicipta, Azizulhasni melakar sejarah dunia, manakala Ultras Malaya mengukir sejarah negara. "

Menerusi petikan ini, kita sebagai anggota ULTRAS NO9ORI perlu menyakini bahawa kesungguhan dan kewibaan kita sebagai ULTRAS kian mendapat perhatian. Satu lagi sumber yang memperkatakan tentang ULTRAS.


SUMBER : SINAR HARIAN


"SEJAK kebelakangan ini, di sudut lengkung stadium ada sekumpulan penyokong memalu gendang, bertopeng, memakai jersi kebangsaan sanggup berdiri sepanjang 90 minit permainan sambil menyanyi lagu membangkitkan semangat pemain Harimau Malaya.


Di sudut itu juga, atau kawasan yang digelar curva, kumpulan penyokong ini akan melakukan tifo, iaitu persembahan melalui mafla, bendera, kad dan sebagainya untuk membangkit rasa semangat di samping memeriahkan suasana stadium.

Bagi kelab penyokong tegar pasukan bola sepak kebangsaan yang menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya, merekalah kumpulan penyokong fanatik yang terus setia bersama pasukan bola sepak negara sejak dulu lagi.

Di sebalik kejayaan Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF Disember lalu, Ultras Malaya ibarat pemain ke-12 yang menjadi tonggak kepada kejayaan pasukan kebangsaan.

Bagi mereka, skuad kebangsaan memang perlukan sokongan tidak berbelah bahagi untuk terus berjaya. "

"MAJULAH ULTRAS untuk SUKAN BOLASEPAK MALAYSIA"



26 February 2011

Perlawanan tumpuan?


Kenapa malam ini jadi tumpuan buat semua penyokong dan penonton Negeri Sembilan?

Malam ini segalanya bakal terungkai/terjawab kerana keputusan malam ini ibarat nyawa bagi jurulatih skuad Negeri Sembilan iaitu Wan Jamak. Jika pemain sayangkan beliau maka pemain perlu bersungguh-sungguh memastikan kemenangan manakala jika mereka bermain sambil lewa padah akan menimpa Jurulatih tersebut.

Inilah bolasepak, ada ketika suka dan ada ketika berduka. Sejauh mana pula kesetiaan penyokong Negeri Sembilan malam ini. Adakah mereka akan hadir memberi sorakan atau hanya tunggu dan lihat keputusan sambil bersantai dirumah. Setelah menanggung dua kekalahan berturut-turut berapakah bilangan yang akan hadir ke stadium malam ini?

Kami dari Ultras No9ori menyeru semua anak jati Negeri Sembilan untuk hadir ke Stadium, jangan gah dialam maya sahaja dengan mengaku diri sebagai penyokong setia. Buktikan kesetiaan anda walaupun apa jua keputusan perlawanan.

Jumpa kami di KONA4C malam nanti. Pastikan anda hadir sebagai penyokong dan bukan sebagai penonton.

Anak kobau berlari-lari,
Anak ghuso terkojar-kojar,
mari semuo wahai anak nogori
stadium paroi kito kasi gogar.

Assalamualaikum!!!

25 February 2011

MALAYSIA vs PAKISTAN

Ultras No9ori di Stadium Shah Alam

Kami hadir lagi di Shah Alam untuk bersatu bersama-sama Ultras Malaya. Kali ini skuad Pakistan telah menjadi mangsa santapan Harimau Muda. Keputusan 2-0 sudah cukup kerana Pakistan bukanlah sebuah pasukan yang kuat dalam pertandingan bolasepak. Merujuk kepada ranking terbaru yang dikeluarkan oleh FIFA, Malaysia kini berada dikedudukan 140 dunia manakala Pakistan di tangga yang ke 173.

Harapan dan doa semua penyokong Harimau Muda agar skuad Harimau Muda ini boleh melangkah lebih jauh lagi diperingkat antarabangsa. Buktikan bahawa Malaysia yang mana satu masa dahulu merupakan skuad terbaik di Asia ini akan menggegar  kembali dunia Bolasepak.

Kenapa anak **** jalan tunduk?


Hairan melihat mereka yang jalan tertunduk-tunduk dicelah-celah penyokong Ultras Malaya pada malam tersebut. Adakah kerana mereka malu untuk mendongakan muka memandang wajah-wajah Anak Malaysia yang menyokong Skuad Harimau  tanpa henti-hentinya. Atau ada sesuatu yang mereka cari, saya tahu jawapanya dan mungkin anda juga tahu. Biarlah rahsia.

Itu hanya satu paparan sahaja, tetapi sebelum itu segerombolan kecil puak tersebut tiba-tiba datang menyerbu kononya dapat perintah melarang penggunaan batang pvc bagi mengibarkan bendera. kenapa tak boleh ye, AFC larang atau FIFA larang?

Sudahlah tu, hentikan pandangan negatif anda kepada Ultras yang ada di Malaysia ni. Kami ni bukan mat kuaci. Kalau betul nak melarang ada lebih baiknya selepas ini sesiapa yang mahu ke stadium bagi menyokong bolasepak Negara kita dikenakan undang-undang seperti berikut :

1. Tangan dan kaki harus diikat kerana tangan dan kaki digunakan ketika pergaduhan.

2. Mulut harus diikat/tutup kerana mulutlah yang bersuara mengeluarkan kata-kata berbentuk provokasi.

3. Penggunaan seluar juga dilarang hanya boleh memakai kain pelikat, ini kerana jika memakai seluar pasti akan memakai tali pinggang. kerana ia juga boleh dijadikan senjata.

Maaf terlebih tulis sehingga terlupa nak lap buih dibibir saya. Assalamualaikum.

23 February 2011

Kelayakan Olimpik.



We Love You
We Love You
We Love You
Oh Malaysia We Love You
We Love You, We Love You
Ooooooooooo (4x)

Pastinya chants ini akan bergema malam nanti.

SENARAI NAMA PEMAIN:

PAKISTAN U21 TEAM:
Goal keepers: Yousof Ejaz Butt (Birkerod IF Skjold, Denmark), Amir Gul (NBP), Muhammad Omar (KESC)
Defenders: Manzoor Ahmed (WAPDA), Alamgir Khan (Police), Ahsan Ullah (PEL), Obaid Majeed (KPT), Ansar Abbas (Army)       
Midfielders: Faisal Iqbal (NBP), Syed Arif Hussain (WAPDA), Muhammad Tauseef (WAPDA), Muhammad Adil (KRL), Mahmood Khan (KRL), Irfan Khan (Bradford Park Avenue Association Football Club, England)
Strikers: Saddam Hussain (PIA), Fahad Ullah Khan (PTV), Jadeed Khan Pathan (WAPDA) CAP, Rizwan Asif (KRL) VC, Kalim Ullah ( KRL)


MALAYSIA U21 TEAM:
Goal Keepers : Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A)
Defenders: Mohamad Muslim Ahmad CAP, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Faizal Muhamad, Mahalli Jasuli, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohd Fandi Othman (Harimau Muda A)
Midfielders:  K. Gurusamy VC, Wan Zaharulnizam, Mohd Irfan Fazail, Robbat Gary Steven, S. Sivanesan, Wan Zack Haikal (Harimau Muda A), Mohamad Faizal Abu Bakar (Kedah)
Strikers: Mohd Ferris Daniel Mat Nasir )Harimau Muda A), Ahmad Shakir Ali (Kedah), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan)
Stand byes: V. Kavi Chelvan,  Muhammad Zamir Selamat, Nazirul Naim Che Hashim, A. Thamil Arasu, Wan Nor Wan Zakarian, Muhammad Nazmi Faiz, D. Saarvindran, Abdul Shukor Jusoh.