05 March 2012

Sekolah dan Ultra

Aku pernah tulis benda ni di sebuah lagi blog yang merupakan one of UN9 punya komplot iaitu Ninth Mania. Seperti sedia maklum , remaja baik di universiti , di sekolah , penganggur , mat-rempit mahupun suka dengan budaya budaya yang baru. Contoh , shuffle. Dulu tahun 2008 , siapa tak shuffle (remaja) dia bukanlah seorang remaja. Aku malas ulas tentang isu shuffle. Itu cerita lama , sekarang cerita baru.

Sekarang pula , remaja (yang bersekolah) akan berasakan dirinya seorang dewasa jika memasuki budaya ultras ni. Jangan salah tafsir niat aku menulis post ini. Aku galakkan korang dan rakan rakan memasuki budaya ni. Ini budaya tidaklah sejahat seperti yang digembar gemburkan oleh media. Tapi seperti budaya budaya yang baru , korang juga perlu hormat siapa yang perkenalkan scene ini. Tiada istilah orang lama mahupun orang baru cuma respect among komrad-komrad (rakan rakan) perlu ada dalam diri masing masing.

Aku perati ketika aku bersekolah , budaya ultras ni bukanlah suatu budaya yang popular. Mereka tidaklah chant ketika perlawanan bolasepak antara sekolah ataupun kelas dan tiada pula yang cuba wujudkan ultras di sekolah. Ada aku dengar tentang orang berchanting di kelas secara kuat hingga didengari kawan aku. Aku persetankan. Budak tu pun entah join entah tidak.

Nasihat aku kepada yang bersekolah , ada eloknya kau hadkan ke-ultras-an kau di sekolah. Jadilah seorang pelajar yang biasa. Jika mahu chanting , chanting dikalangan kawan sahaja. Low your voice. Tak perlu kau teriak seperti kau berchanting di stadium. Bukan apa , takut cikgu cikgu anggap kau tergolong dalam golongan budaya rosak pula. Alhamdulilah , tak pernah aku tengok orang membakar flare di sekolah sepertimana orang membakar flare di stadium. Jika ada , mungkin mahu menganggap flare itu sebagai produk yang laku-kan gambar-gambar di facebook.

Se-eloknya , tak perlu kau heboh tentang kemasukan kau dalam scene ni. Kau duduk senyap dan biar orang tahu sendiri dengan kehadiran kau dikalangan komrad. Tak ada guna kau dikenali. Kau bukan artis. Bukan kau dapat kahwin dengan Miera Liyana mahupun Neelofa pun jika kau ultras. Kalau kau ultras , bukan cikgu semua respect kau ibarat kau adalah godfather di sekolah.

Anda boleh bangga yang anda seorang 'ultra' di stadium tetapi anda patut sedar yang anda hanyalah manusia biasa di luar sana. Ultra tidak boleh dipelajari di Youtube , Vimeo mahupun Facebook tetapi anda perlu hadirkan diri anda di curva untuk tahu apa itu ultra.

Bangga kononnya anda ultra dan anda hebat? Lupakan. Tiada apa yang menarik jika anda ultra.

No comments:

Post a Comment