23 February 2012

Kejayaan Itu Penting

Semalam , aku turun ke Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sebuah misi - kalah dengan fair. Maksudnya , kedua-dua pihak menyerang sama sendiri sekaligus akan membuka mata penyokong Jepun yang Malaysia ni macam rimau di kandang sendiri. Itu hanyalah fantasi , yang realitinya ialah kita hanya mampu tersenyum melihat kekalahan 0-4 kepada Jepun. Oh ya , ini perlawanan Olimpik dan merupakan perlawanan terakhir bagi peringkat kumpulan dan Malaysia memang tak layak. Tiket pula RM20 di terbuka dan RM40 di grandstand.

Aku menulis ini sebagai experience as one of comrade yang turun ke SNBJ dan aku akan mengkritik apa yang aku nak kritik tetapi ada batasnya. Bukan dengan F-word dan sebagainya. Almaklumlah , Malaysia ni terkenal dengan budaya timurnya. Cakap bangang pun darah dah mengelegak ye dak?

Game dan sebagainya aku taknak ulas kerana banyak blog dan web lain yang lebih pro pasal benda ni , mereka lebih tau tentang attacking dan sebagainya. Aku hanya mampu tonton dan raikan gol. Satu persoalan timbul di benak fikiran aku selepas melihat sebuah komen orang kuat Ultras Malaya di page mereka. Beliau tekankan tentang sebuah kejayaan. Nampak nada kecewa pada tulisan beliau.

Orang yang tengok pasti begini - 'Haa? Orang kuat UM cakap macam tu? Biar betei bro? Apa kes konon setia ketika kalah dan menang? Hahahaha.' Aku ingin cakap satu je , kalau anda meniaga , anda nak pulangan hasil yang banyak tak? Mahu bukan? Begitu juga penyokong , penonton bolasepak Malaysia. Takde istilah - Dia UM so dia kena setia. Tak boleh kutuk ketika kalah. Kena defend kan team even team main macam palat. Kita punya hak untuk bersuara , ada hak untuk kritik.

Honestly aku rasa , sampai bila kita nak jaguh ASEAN? AFF , Sukan Sea. Itu je mampu? Aku tak kisah jika tak masuk ke peringkat kalah mati Olimpik atau masuk final Piala Asia pun tapi sebolehnya kita mampu beri tentangan. Semalam , Jepun jadikan kita macam robot. Di attack tiada belas kasihan. Itu baru skuad muda dia , bayangkan skuad Piala Dunia mereka melawan skuad Harimau Malaya.

Tiada orang yang datang ke stadium untuk lihat kekalahan , tetapi ada yang ingin lihat kekalahan dengan permainan yang baik. Bukan dengan cara kena attack sehingga habis game. Kepada Football Association of Money , pegawai skuad , jurulatih kedua dua skuad Harimau Malaya dan Muda , pemain pemain , tolong balas kepercayaan kami kepada anda. Kami tak minta apa apa tetapi kami minta permainan yang baik. Jangan menyelebungi diri anda dengan kejayaan lampau era 50an , 60an , 70an , 80an tetapi ciptalah kejayaan anda. Create your own history supaya generasi akan datang akan ingat kejayaan anda.

Aku pergi ke online dictionary di google tadi , search maksud FAM. Aku nak carik FAM dalam Bahasa Melayu. Ini hasil dia :

FAM - Sebuah persatuan yang tak pernah nak pandai. Dalam erti kata lain , persatuan ini hanyalah sebuah persatuan bolasepak badut di rantau ASEAN , Asia dan dunia.

No comments:

Post a Comment