13 April 2012

Semua Kutuk , Semua Menyumpah

Sejak dua tiga minggu ni , FAM bangsat , Presiden FAM Sila Letak Jawatan malah Udin dan Idin hangat ditulis oleh penggemar penggemar laman sosial. Aku rasa , kalau FAM ni seorang manusia , maka dia akan ambik keputusan untuk bunuh diri.

Korang pernah tak fikir apa jasa FAM ni? Mereka lah yang telah membawa khabar gembira kepada penyokong BPL dengan membawa Chelsea , Arsenal dan Liverpool pada tahun lepas. Mereka menceriakan hari hari penyokong ni semua dengan membawa pasukan pasukan tu ke Malaysia. Malah pada tahun ini , ada lagi friendly menentang kelab luar yang dicanangkan oleh FAM. Ini akan membuat daya saing diantara pemain Malaysia dengan pemain luar , bertambah. Malaysia akan belajar bagaimana mahu bermain bola sepak sebenar. Ni semua korang tak fikir ke?

Air mata kegembiraan korang dikala Malaysia menang Suzuki Cup dan pingat emas Sukan Sea , siapa lagi kalau bukan FAM yang merancang apa nak buat semua. Mereka juga lah yang lantik Ong Kim Swee dan Rajagopal sekaligus membawa Malaysia memenangi piala yang bersejarah itu. Even piala Carling  mahupun pingat emas Olimpik pun tak mampu menandingi dua dua kejayaan itu.

Siapa lagi yang membuatkan liga-M ni bermutu kalau bukan FAM? FAM ni merancang pelbagai program , pelbagai cara untuk menaikkan mutu liga-M. Come on , cuba tengok stadium stadium di sekitar anda ketika hari perlawanan. Cukup ramai. Cukup meriah. Ditambah pulak dengan siaran langsung dari Astro dan RTM. Dengan cara Astro dan RTM membuat siaran langsung , ini akan mengubat kerinduan peminat bolasepak tempatan untuk kembali ke stadium dan mengisi ruang ruang kosong yang selalunya diisi dengan kulit kuaci , plastik burger dan bekas air minuman.

Presiden tu , dia tak kisah Malaysia kalah. Baginya , itu learning process. Fasa untuk naik ke ranking FIFA Top 100. Itu lah bagusnya. Maksudnya , kalau Malaysia kalah , dia tak kritik. Secara mentally-nya , pemain pemain akan tidak berasa risau. Ini akan menyebabkan permainan mereka bertambah kualitinya dari satu friendly ke satu friendly. Siapa kata Malaysia takde friendly? Harimau Muda friendly dengan team team dari liga Singapura manakala Harimau Malaya friendly dengan liga-M. Ini semua taktik taktik rahsia FAM.

Walaupun semua menyumpah dengan mengeji , FAM tetap berdiri teguh. Tetap sedaya upaya memajukan bolasepak Malaysia. Terbaru , ranking Malaysia jatuh ke tangga 156. Itu semua taktik FIFA untuk malukan FAM. Sudah sudahlah dengan taktik Chris Eaton yang mengaitkan liga-M diatur. Tu semua penipuan yang dilakukan FIFA untuk malukan FAM. Macam mana Malaysia tak dapat mata walaupun membuat friendly berclass A seperti melawan Sarawak , Sabah dan Negeri Sembilan. Bagaimana pula ketika menentang kelab kelab BPL? Dimana mata mata itu semua?

Presiden FAM , duduklah di kerusi empuk itu sehingga anda rasa tiba masanya untuk anda pergi. Tak perlu hirau dengan jeritan orang luar itu. Mereka semua tak pernah kenang bakti FAM.

Presiden FAM Sila Pegang Jawatan Sehingga Bila-Bila.

1 comment: