04 February 2011

Komplot 15-01-2011

Komplot yang diadakan di kedai bersebelahan tempat parking kereta Stadium Tuanku Abd. Rahman Paroi ini telah dihadiri seramai 20 orang Ultras dari Negeri Sembilan termasuk wakil dari Ninth Mania dan Jang Brigade. Turut serta dalam komplot tersebut beberapa wakil dari Ultras Malaya.

Tumpuan utama kepada komplot ini adalah sesi perkenalan dan sesi perbincangan hala tuju serta langkah-langkah dan startegi bagi menawan curva 4c (KONA 4C). Komplot yang dijadualkan berlangsung pada jam 5.00 ptg itu berjalan dgn selancar-lancarnya.

Wakil-wakil daripada Ultras Malaya turut sama memberi pendapat dan tunjuk ajar kepada Ultras No9ori. Kebanyakan ahli Ultras No9ori yg masih baru dan muda mendapat tunjuk ajar sepenuhnya. Selesai sahaja proses perbincangan, kesemua yang hadir pada hari tersebut tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama-sama dan kain rentang Ultras No9ori menjadi bukti wujudnya dan munculnya Ultras di Negeri Sembilan.









No comments:

Post a Comment