03 March 2011

Sumpah... Gua jeles!!

Gua tak tahu nak gambarkan bagaimana tapi gua betul-betul jeles dengan penyokong kelantan.  Gua berada kat sana seperti gua ini berada di planet yang lain. Dasyat sungguh penyokong mereka, penuh stadium ibarat final pula. Hampir 30k penyokong dengan lautan merah, susah nak dapat sebegitu kalau setakat liga super di stadium negeri-negeri yang lain di Malaysia ni termasuklah di Paroi. Itu pun diluar Stadium masih ada penyokong yang gagal memasuki stadium kerana kehabisan tiket.

Gua tak sangka pula dalam bilangan sebegitu ramai masih ada yang prihatin dengan kehadiran Ultras No9ori. Walaupun kehadiran disambut dengan cacian dan lontaran objek tetapi masih ada penyokong mereka yang sanggup membuat perisai manusia bagi menghalang objek yang dilemparkan mengenai angota-angota Ultras No9ori yang berada disana.

Kecekapan pihak KAFA juga tak boleh dipertikaikan, mereka segera bertindak memindahkan angota Ultras No9ori ke dalam terowong sebaik perlawanan ditamatkan bagi mengelakan sebarang kejadian yang tidak di ingini berlaku. Lagi gua bertambah jeles sebab  anggota Ultras No9ori dipertemukan dengan Tan Sri Anuar Musa iaitu Presiden KAFA, sempat juga beliau beramah mesra dengan anggota Ultras No9ori.

Gua lagi bertambah jeles apabila anggota Ultras No9ori sempat chants dengan pemain-pemain Negeri Sembilan didalam bangunan grandstand tersebut. Selepas itu mereka dikawal dengan ketat oleh pihak stadium, pihak KAFA dan juga unit FRU untuk keluar dari stadium dengan menaiki bas.

Untuk menambah dan menambahkan lagi jeles gua, apabila Ultras No9ori berada dihadapan hotel penginapan pemain negeri sembilan hadir pula Ultras kelantan disana. Ultras No9ori dan Ultras Kelantan sempat chants dihadapan hotel tersebut dengan wajah penuh keriangan.


Didalam stadium


bersama Tan Sri Anuar Musa


Chants bersama Ultras Kelantan.


~Bilalah dapat merasa kemeriahan di Paroi dengan lautan penyokong di setiap sudut?




12 comments:

  1. slm utk ultras n9..t.kasih kerana sudi dtg ke stadium kb yg x secanggih star paroi utk sama2 memberi sokongan kpd pasukan hoben jang hoben..saya salute u all bro kerana sanggup memberanikan diri dtg ke kb semata2 kerana semangat yg membara utk pasukan n9..itula dikatakan semangat ultras...

    seblm ini blm ada mana2 penyokong yg sanggup dtg ke sini apatah lagi utk berhadapan dgn penyokong kelantan yg boleh dikatakan fanatik tahap gilerr..hanya ultras kedah dan n9 saja yg berani menanggung risiko demi pasukan tersayang..pd perlawanan itu saya slh seorang penyokong klantan yg berada dibelakang tmpt duduk anda semua...

    mmg kami ada membuat halangan dan perisai manusia utk mengelakan anda semua daripada terkena objek2 yg dibaling oleh penyokong kelantan di atas...di sini kami, penyokong kelantan memohon jutaan maaf dgn apa yg telah terjadi kpd anda semua pd mlm perlawanan tersebut..mereka yg membaling objek bukanlah mewakili dan menggambarkan semua penyokong klantan berperangai seburuk itu..itu hanyala kumpulan serpihan atau segelintir yg tidak ada jati diri dan semangat kesukanan yg tggi..

    mari la kita ramai2 memenuhi stadium dgn semangat ultras dan sporting spirit yg tinggi tidak kira anda dari penyokong dan ultras mana skali pun teruskan la sokongan kita semua pd pasukan masing2..semoga liga kita menjadi liga terhebat di rantau asia tenggara.

    ReplyDelete
  2. Satu keakraban spirit yg tinggi antara kedua2 penyokong... Teruskan momentum sebegini saudara2ku sekalian,... Salute.

    ReplyDelete
  3. ambo ore kelate...ambo nok mito maaf di atas gelagat segelintir penyokong yg kurang ajar serta kurang didikan agama...ambo mita maaf..tima kasih atas pujian ...salam di hulur, persahabatan terjalin sokmo...

    ReplyDelete
  4. salute korang jang!wa jelessss

    ReplyDelete
  5. sep2 demo terhebat sbb brani mari ker KB! kwe napok sep2 demo male tuhh dan kwe salute ko demo..
    n maaf atas sgalo bnda2 jahat hok sep2 gilo bt ko demo.. kwe MITOK MAAF hk jahat tuhhh.. trimo kaseh sbb sudi dtg :)

    ReplyDelete
  6. tahniah semua...semoga kita semua ada satu ikatan atas semangat kesukanan.

    salute buat penyokong negeri sembilan... tabik spring boh...

    ReplyDelete
  7. awe kelate comey comey belako.
    Baik sokmo..
    dapat baju lagi tu.
    Ultras Kelate mmg best arr..

    ReplyDelete